Kloning Manusia: Apa kata Firman Tuhan?

by Benita Lim

0 ( 0 ratings )
  • ( 54 )
RM 2.00

Dalam zaman teknologi yang pesat membangun dengan kemajuan yang diharap dapat memperbaiki taraf kehidupan manusia di muka bumi ini, tidak dapat dinafikan manusia telah menggunakan segala jenis kepintaran dan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Sebagaimana yang dikatakan di dalam Firman Tuhan bahawa manusia diciptakan serupa dengan gambaran Allah di mana Allah adalah Allah yang senantiasa menciptakan sesuatu yang baru walau hingga ke hari ini, manusia turut tidak ketinggalan dan ini jelas kehihatan di dalam kekreatifan daya cipta manusia yang telah membawa pelbagai kemajuan dan tidak cukup dengan itu, setiap hari ratusan penyelidikan dan ujikaji masih giat dijalankan. Bila mana terdapat penemuan baru dan ciptaan baru, di sanalah manusia dijulang, diangkat sebagai tokoh, dan dianggap berjaya serta berhasil. Namun, sejauh manakah yang dikatakan kehebatan dan kebijaksanaan manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan setiap pencapaian? Atau apakah manusia mempermainkan atau memperkecilkan Allah?

Salah satu isu yang hangat diperdebatkan beberapa tahun yang lalu adalah “kloning manusia”. Adakah ini benar menurut Firman Tuhan?

Dengan peredaran masa dan pembangunan teknologi masa kini, kita tidak dapat menafikan bahawa kita turut berada di bawah pengaruh sains dan teknologi. Semoga e-buku yang berlandaskan Firman Tuhan ini dapat memberi anda pencerahan mengenai isu kloning yang pernah hangat diperkatakan sebelum ini.

Setelah bekerja di beberapa tempat atau sektor, saya telah meresponi panggilan Tuhan untuk melayani sepenuh masa. Bermula di semenanjung sehingga kembali ke tempat sendiri di Sabah. Bersyukur kepada Tuhan kerana setelah 6 tahun di dalam pelayanan sepenuh masa, walaupun saya tidak menerima keistimewaan daripada pihak gereja setempat untuk meningkatkan pengetahuan saya di dalam bidang teologi, Tuhan telah membuka jalan bagi saya untuk memasuki sebuah seminari di Sabah, yakni Seminari Teologi Sabah (STS). Berlandaskan Firman Tuhan, saya dibentuk, dibimbing dan diajar secara lebih mendalam mengenai pelayanan dan pengetahuan mengenai Tuhan.

Setelah menamatkan pengajian saya di seminari, saya melayani selama 3 tahun di salah sebuah gereja setempat yang merupakan salah satu tempat praktik saya selama menuntut. Bezanya, kini lebih kepada penggembalaan.Walaupun saya tidak lagi melayani sepenuh masa di gereja, namun di mana jua saya berada, saya tetap berada di ladangNya Tuhan sebagaimana kata John Wesley, "The World is my Parish."