image

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” [Hadith Riwayat Bukhari] 

Menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis itu adalah perlu. Membuat orang ramai merasakan Islam itu cantik adalah perlu. Segala yang indah itu adalah agama, segala yang buruk itu bukan daripada agama. Kitalah yang mewajahkan agama. Bila ada orang agama cakap marah-marah, maki sana sini menggunakan bahasa kesat atas nama agama, maka agama akan menjadi buruk. Sedangkan ia bukanlah daripada agama. Islam itu bila disampaikan membuat masyarakat tertarik dengannya.

Islam agama rahmah, bukan tohmah. Jom, kita cakap yang indah-indah. Umat perlu dirangkul bukan dipukul. Didekati bukan disakiti. 

Catatan ini adalah sebahagian daripada kepelbagaian dalam agama dan dalam berfikir.


Instructor Biography

Wan Ji Wan Hussin adalah anak kelahiran Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Lubuk Tapah, Kelantan. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Jamiah Faroqiah, Karachi Pakistan dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Kini beliau merupakan aktivis dakwah dan sering memberi kuliah dan ceramah di masjid-masjid di seluruh negara. 

Beliau juga popular dengan ceramah santai yang sering dilakukan, dikenali sebagai ‘Lepak Maqasid’.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.