image

Buku ini khususnya ditulis untuk pelajar-pelajar universiti yang menuntut pengajian geografi secara amnya dan juga pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan sistem maklumat geografi. Diharapkan juga dengan adanya buku ini dapat membantu menambahkan lagi bahan-bahan bacaan dalam bidang sistem maklumat geografi terutamanya dalam bahasa melayu. Buku ini secara langsung menyentuh pelbagai konsep asas yang perlu difahami oleh bakal pengamal sistem ini dalam memahami keadaan persekitaran yang melibatkan penggunaan komputer, manusia dan data yang diperlukan dalam menjalankan sesuatu projek, pengajian atau penyelidikan yang mengandungi elemen geografi dan ruang. Buku ini boleh digunakan banyak pihak terutamanya kepada pelajar universiti yang sedang belajar GIS. Buku ini menyentuh secara langsung pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk membina suatu aplikasi sistem GIS yang boleh diaplikasikan kepada pelbagai bidang kajian yang diingini kerana ianya mempunyai struktur pembangunan sistem yang boleh diubah suai untuk semua aplikasi GIS. Buku ini khususnya dipersembahkan dalam bentuk am dan seterusnya diperincikan dalam bab-bab seterusnya akan terdapat perkara-perkara yang dijumpai beberapa kali dalam pelbagai bab tetapi setiap bab akan menghuraikan pelbagai perkara yang lebih terperinci terhadap perkara yang dibincangkan.


Instructor Biography

Nasir Nayan, seorang pensyarah di Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau berpengalaman dalam pembangunan sistem maklumat geografi dan mempunyai pengalaman di pelbagai agensi peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau berpengalaman mengaplikasikan GIS dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, sumber semula jadi, perancangan dan telekomunikasi. Beliau turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan sistem maklumat geografi, penderiaan jauh, geografi fizikal dan biogeografi. Antara penerbitan beliau adalah buku yang bertajuk lsu-isu dan Pengurusan Alam Sekitar Fizikal dan Sistem Maklumat Geografi Dalam Perancangan Pembuatan Keputusan Perniagaan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.