BERTAHAN - Mesej Positif 2 Tesalonika

by Peter De Run

3 ( 3 ratings )
  • ( 92 )     ( 3 )
RM 3.00

Ramai orang mempunyai persoalan tentang kedatangan semula Yesus. Ramai yang tertipu dengan pelbagai ajaran tentang hal ini. Dalam buku ini anda akan didedahkan kepada beberapa maklumat penting tentang kedatangan semula Yesus yang ditulis oleh Rasul Paulus.

Anda juga akan diperkenalkan kepada tiga hal penting yang mesti dilakukan sementara menunggu kedatangan Yesus:

  • bersyukur selalu
  • berdoa selalu
  • bekerja dan melakukan amal baik selalu

Semua ini jika difahami dan diamalkan akan membantu anda bertahan sehingga Yesus kembali.

Dalam buku ini anda akan menerima penghuraian dan penjelasan ajaran dalam 2 Tesalonika  bab 1-3

1. Bagaimana anda boleh bersyukur selalu

2. Maklumat penting tentang kedatangan Yesus dan jahat yang mesti berlaku SEBELUM beliau kembali

3. Pentingnya berdoa untuk orang lain dan mengapa anda MESTI bekerja serta melakukan amal baik.

Harapan saya sesudah anda membaca buku ini anda bersedia untuk kedatangan Yesus dan aktif bersyukur, berdoa dan bekerja sehingga berjumpa dengan-Nya!

Menjadi seorang pastor semenjak umur 19 tahun, Peter De Run telah menggembalakan beberapa buah gereja di Malaysia serta menulis lebih 10 buku panduan hidup bagi orang Kristian.

Beliau adalah pastor Summer City Church di Kota Samarahan, Sarawak. Seorang guru Alkitab yang berkesan dengan keupayaan mengupas dan menyampaikan Firman Allah dengan mudah dan benar. Memiliki Sarjana Muda Teologi dan Sarjana Pendidikan Agama.

  • Dara

    Awesome.... sangat bagus apa yang terkandung dalam cerita...

  • Jacqueline Joseph

    There are ebooks to increase my faith too....

  • Alwin Kuan

    Amen!

Related Courses