image

Mendalami dunia kanak-kanak merupakan detik-detik indah yang menghiasi kehidupan penulis. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu baru dan terkini yang berkaitan perkembangan anak-anak pada zaman yang serba moden kini.

Pengalaman yang dialami penulis telah membawa kepada terhasilnya buku 'Ibu Bijak, Anak Bahagia'. Pengisian buku ini sarat dengan ilmu pengetahuan, kaedah-kaedah yang mudah dalam mengatasi masalah atau salah faham yang berlaku kepada anak-anak bermula daripada bayi sehingga memasuki alam awal persekolahan.

Buku ini sesuai untuk dimiliki oleh; bakal ibu, golongan yang bergelar ibu, pengasuh, malah golongan bapa juga wajar memilikinya. Semoga dengan adanya buku 'Ibu Bijak, Anak Bahagia' ini di tangan anda, memudahkan lagi tugas kita dalam mengurus anak-anak.


Instructor Biography

Ashikin Hashim atau nama sebenar beliau ialah Norashikin binti Hashim. Dilahirkan pada 16 Mei tahun1980. Sudah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Supian bin Mat Nan, dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Amirul Wafi (9 tahun), Muhammad Amirul Wasim (7 tahun), Muhammad Amirul Wajdi (4 tahun). Merupakan seorang Pengetua, Blogger, dan Penulis Ebook Pesona Didik Anak Cara Sunnah. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antarabangsa dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Berpengalaman sebagai guru, pengetua, memberikan ceramah dan kursus kepada guru-guru pendidikan awal kanak-kanak. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.