image

Buku ini menyediakan kepada pembaca dan peminat sastera ruang apresiasi terhadap pelbagai genre kesusasteraan Melayu moden merentasi lima dekad (eo-an hingga dekad pertama abad ke-ai). Ruang apresiasi ini tidak sekadar terpenuh dengan laut kefahaman, tetapi pembaca juga dapat menentukan perjalanan kualiti kegiatan dan karya kreatif dalam kalangan pelbagai peringkat penulis. Buku ini memaparkan segala macam rentak hidup dan pemikiran masyarakat Melayu yang tinggi nilai moral dan sangat berguna diterapkan dalam proses pembinaan masyarakat Malaysia hari ini. 


Instructor Biography

Abdul Halim Ali berasal Merchang, Terengganu ialah pensyarah kesusasteraan Melayu di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Beliau banyak menghasilkan esei kritikan, rencana sastera, puisi dan karya ilmiah. Beberapa buah karya beliau ialah kumpulan puisi berjudul Permintaan Alam (2000) dan Citra Kehidupan (2005). Antara buku ilmiah karya beliau pula ialah Bingkisan Sastera (2003) dan Di Sekitar Puisi Melayu Moden (2004). Karya-karya lain yang diselenggarakan ialah Kumpulan Esei Bahasa dan Kesusasteraan (2002) Antologi puisi Balada Suluh Budiman (2002), Pok Loh don Pendidikan (2005). Beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah di Sarawak, Terengganu dan Pahang. Mula berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2000. Pernah menjawat jawatan sebagai Penyelaras Program Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu dan Timbalan Dekan Pengurusan dan Penyelidikan, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Azhar Hj Wahid berasal dari Kuala Krau, Jerantut Pahang merupakan pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Sebelum menjadi pensyarah beliau pernah bertugas sebagai guru di Pahang, pensyarah lnstitut Penguruan Sultan Idris dan pensyarah Maktab Perguruan Besut, Beliau aktif dalarn pembentangan kertas kerja di pelbagai peringkat, di samping juga terlibat sebagai Fasilitator dan penceramah Sekolah Bestari. Antara karya beliau ialah Ingin Jadi Pujangga: Satu Analisis Struktural (2004). Kini beliau sedang dalam proses menyiapkan ljazah Kedoktoran dalam bidang sastera moden di Universiti Malaya.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.