image

Buku ilmiah yang sesuai menjadi rujukan para pengkaji terjemahan Arab-Melayu dan penuntut bidang bahasa Arab yang menyentuh tentang fenomena terjemahan al-Quran di Malaysia yang meliputi beberapa perbahasan seperti definisi, hukum menterjemah al-Quran, terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu, kaedah terjemahan al-Quran dan sumbangan terjemahan al-Quran di Malaysia. Setiap bab disediakan latihan pengukuhan.


Goals/Objectives

Buku ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan kajian bidang terjemahan al-Quran di Malaysia. Ia boleh dijadikan rujukan bagi penuntut bidang bahasa Arab di institut pengajian tinggi (IPT) sama ada awam ataupun swasta peringkat sarjana muda dan siswazah. Buku ini mengandungi lima bab iaitu: 

1. Pengenalan terjemahan al-Quran

2. Hukum menterjemah al-Quran

3. Terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu

4. Kaedah terjemahan al-Quran

5. Sumbangan terjemahan al-Quran di Malaysia

Instructor Biography

Penulis merupakan pensyarah bidang bahasa Arab di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Merupakan lulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Komunikasi Profesional dengan pengkhususan Bahasa Arab dari Universiti Teknologi MARA. Kini sedang menyiapkan pengajiannya peringkat Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Gunaan) dengan pengkhususan terjemahan al-Quran.  

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.