image

Cita-cita untuk memiliki menyebabkan seseorang sanggup berbuat apa sahaja. Bagi empat wanita ini, cita-cita untuk memiliki segulung ijazah kedoktoran menyebabkan mereka mengetepikan segala kesusahan dan kepayahan demi mengejar cita-cita. Berbekal kekuatan diri dan kecekalan hati, empat tenaga pengajar IPTA di Semenanjung Malaysia sanggup mengharungi segala kepayahan bagi menggenggam segulung ijazah kedoktoran.

Selain daripada keinginan peribadi, pengajian pada peringkat kedoktoran diikuti atas dasar tuntutan kerja, dan juga agama memandangkan menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap umat Islam. Setiap penulis menceritakan pengalaman mereka melalui pengajian kedoktoran hingga ke penghujungnya. Pahit getir yang dilalui diceritakan dengan terperinci bermula dari hari pertama pendaftaran sebagai pelajar kedoktoran sehinggalah ke hari viva voce. Pengalaman yang dilalui oleh keempat-empat penulis ini adalah berbeza.

Kepayahan yang dilalui bermula seawal hari pertama bergelar pelajar. Namun, berkat kesabaran, akhirnya penulis berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Bak kata pepatah, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".


Instructor Biography

Zeti Zuryani Mohd Zakuan merupakan pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis. Beliau merupakan pensyarah undang-undang dan telah berkhidmat dengan Universiti Teknologi MARA semenjak tahun 2000.

Nur Asmaliza Mohd Noor merupakan pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang. Beliau merupakan pensyarah kejuruteraan sivil dan telah mula berkhidmat dengan Universiti Teknolgi MARA semenjak tahun 2002.

Norizul Azida Darus merupakan pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis. Beliau merupakan pensyarah Bahasa Inggeris dan telah berkhidmat dengan Universiti Teknologi MARA semenjak tahun 2000.

Ida Rosnita Ismail merupakan pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan pensyarah pengurusan. Beliau pernah bertugas di Universiti Teknologi MARA sebelum menyambung perkhidmatan beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.