image

Selamat datang ke cara “Memasak dalam Buluh”, Cara memasak Dayak Borneo!

Di Borneo, memasak dalam buluh mula-mulanya dilakukan oleh masyarakat Dayak Iban, Bidayuh dan Orang Ulu sejak turun-temurun.

Pada masa kini ramai orang telah mengetahui cara memasak dengan menggunakan buluh dan menikmati makanan yang dimasak mengikut cara tradisional ini.

Dalam masyarakat Iban, makanan yang di masak di dalam buluh dipanggil “Pansuh”. Sementara itu, dalam masyarakat Bidayuh ia dipanggil “Tenok Derom Buruk”. Dalam masyarakat Orang Ulu masing-masing ada panggilannya yang bermaksud “Masak dengan menggunakan Buluh”.

Kelazatan makanan yang di masak di dalam buluh memang berbeza daripada masakan yang dimasak dengan menggunakan periuk. Daging menjadi lebih lazat dan berbau harum bila ia terlebih dahulu dipangang sekejap di atas bara api sebelum dipotong dan sedia untuk dimasakkan di dalam buluh.

Ya, memang ada satu rasa yang unik serta lazat tentang masakan di dalam buluh. Masakan seperti ini tidak memerlukan minyak masak. Hampir kesemua bahan yang diperlukan untuk jenis masakan tradisional ini boleh diperolehi dalam masyarakat Dayak. Bagaimanapun, kini, bahan-bahan ini mudah didapati kerana dijual di mana-mana sahaja.

Terdapat beberapa bahan asas yang diperlukan untuk masakan ini. Dengan adanya bahan-bahan asas ini, sesiapa sahaja boleh memasak dengan menggunakan buluh. Untuk menikmati kelainan rasa, terserahlah kepada individu untuk menambahkan bahan yang berpatutan. Cara tradisional memasak dengan menggunakan buluh mengeluarkan rasa kemanisan daripada buluh yang bercampur dengan campuran bahan-bahan yang hendak digunakan untuk memasaknya.

Selamat mencuba.


Goals/Objectives

Untuk memudahkan memasak di dalam buluh.

Instructor Biography

Encik Stanley Lidi Anak Lagat adalah salah seorang daripada kaum Iban yang mempunyai pengalaman yang luas dan pernah menjalankan tugas bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) mewakili Malaysia diperingkat antarabangsa.

Reviews

  • image

    Jacqueline Joseph

    Interesting ways to cook with a 'buluh'!

    04/05/2018 09:53:18

  • image

    Vrynn Vyn

    love it

    23/04/2018 13:04:04

  • image

    Roslinah Salleh

    Hbat!!

    22/04/2018 16:33:35

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.