image

Business Muslim Man adalah buku yang ditulis khas buat mereka yang mahu mengaplikasikan syariat Islam di dalam operasi perniagaan mereka. Aplikasi syariah di dalam perniagaan tidak bererti ianya hanya boleh diaplikasikan oleh orang Muslim sahaja, kerana nilai-nilai terkandung yang disampaikan di dalam buku ini boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira agama, budaya dan bahasa.


Goals/Objectives

Buku ini ditulis di atas kesedaran bahawa, setiap perniagaan perlu dibangunkan dengan asas yang barakah dan bersyariat. Bebas daripada sebarang perkara yang haram, syubhah, tidak bermanfaat dan membawa kepada kemaksiatan.

Islam memandang perniagaan sebagai 9/10 daripada pintu kekayaan. Buku ini ditulis sebagai panduan buat ahli perniagaan untuk menyemak kembali perniagaan yang mereka jalani. Apakah perniagaan mereka menepati kehendak Islam.

Berikut adalah persoalan yang akan dikupas di dalam buku BUSINESS MUSLIM MAN;

  •  Apakah perniagaan yang kita jalani menepati kehendak syarak?
  •  Apakah perkara yang syubhah? Apakah perkara yang haram di dalam perniagaan?
  • Bagaimana mentransformasi perniagaan konvensional kepada perniagaan bersyariat?
  • Mengapa perlu mengislamisasikan perniagaan?

Buku Bahagian 2 ini merupakan sambungan kepada buku keluaran pertama Business Muslim Man.  Kandungannya merangkumi beberapa perkara berikut;

  • Apakah mentaliti yang harus ada pada seorang Business Muslim Man?
  • Apakah identiti seorang Business Muslim Man?
  • Apakah saranan agama Islam dalam mencari rezeki yang berkat?
  • Apakah amalan-amalan menarik rezeki?

Instructor Biography

ILFANHANA merupakan penulis bebas dan mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan dan merupakan graduan Universiti Tenaga Nasional dalam Bidang Perniagaan pengkhususan di dalam bidang Pemasaran.

Pernah menghasilkan beberapa buku akademik untuk tujuan rujukan industri gaharu dan buku keagamaan untuk kanak-kanak. Aktif menulis novel di laman maya menggunakan nama pena ILFANHANA.

Average Rating

4
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.