PPSR Combo

by Focus-A

5 ( 1 ratings )
  • ( 683 )     ( 1 )

Combo Set PPSR (UPSR) merangkumi E-Book (Notes), Conquer Topical dan Video untuk Tahun 4, 5 dan 6.

1. E-Book (Notes):

Dalam kategori ini, terdapat nota-nota ringkas dan padat yang dihasilkan oleh guru-guru berpengalaman dalam subjek-subjek PPSR. Set-set nota ini juga akan bertambah dari semasa ke semasa hanya untuk pembelian selama 6 bulan dan 9 bulan sahaja. Antara subjek-subjek yang terdapat dalam combo ini adalah seperti berikut:

  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Matematik
  • Sains

2. Conquer Topical:

Dalam kategori ini, terdapat pelbagai bentuk soalan berdasarkan Band System yang mengikut silibus setiap subjek. Soalan-soalan yang dikemukan adalah soalan daripada tahap rendah sehingga tahap KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Namun begitu, semua bentuk soalan ini mengikut format soalan terkini yang dipelajari oleh para pelajar di sekolah. Set-set soalan ini juga akan bertambah dari semasa ke semasa hanya untuk pembelian selama 6 bulan dan 9 bulan sahaja. Antara subjek-subjek yang terdapat dalam combo ini adalah seperti berikut:

  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Reka Bentuk dan Teknologi

3. Video (Tahun 6 Sahaja)

Dalam kategori ini, terdapat video pembelajaran yang mengetengahkan kaedah-kaedah menjawab soalan, memahami soalan atau topik setiap subjek serta format peperiksaan yang terkini. Video ini dilakukan oleh para guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran masing-masing. Antara subjek-subjek yang terdapat dalam combo ini adalah seperti berikut:

  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Matematik
  • Sains

 

Setiap pembelian combo untuk 9 bulan, akan memperoleh video seminar yang dihasilkan oleh guru-guru berpengalaman dalam membuat dan menyemak soalan peperiksaan. Dalam video seminar ini akan ditekankan dengan lebih dekat tips-tips menjawab serta penulisan jawapan yang boleh digunakan oleh para pelajar sewaktu peperiksaan sebenar. Video seminar ini hanya akan disiarkan/dipaparkan dalam beberapa bulan sebelum tarikh peperiksaan yang sebenar.

Selain itu, dengan video seminar ini juga, para pelajar akan dibekalkan sebanyak 3 set soalan "Hot Tips" berbentuk soalan peperiksaan sebenar PPSR. Soalan spot ini dihasilkan oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing.

  • Arumugham

    Really gkod for my children....