image

[1] Seringkali ada orang mendakwa melihat hantu, tetapi jika diminta membuktikan dakwaannya, maka orang itu gagal. Begitulah hari ini, ada golongan menuduh sebahagian orang sebagai sesat, pengganas (Terroris) dan sebagainya. Sedang orang yang dituduh itu tidak tahu kerana apa ia dituduh!. Lalu jadilah mereka golongan yang ekstrem. 

[2] Hari ini manusia cari duit dengan "Busking" main gitar, tapi zaman dulu (Zaman Tabiin) sudah muncul manusia yang "Busking" dengan hadis. Mereka membaca hadis-hadis yang pelik dan palsu, lalu lagi tebal sampul (upah) mereka terima dan lagi glamor. Ada juga yang reka dan sampaikan hadis palsu kerana ingin mengampu pemerintah. Golongan ini mencari makan dengan ceramah mereka yang pelik-pelik. 


Instructor Biography

Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh, kemudian di Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh sehingga peringkat SPM pada tahun 2000. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Jordan pada tahun 2001 dan mendapat ijazah dalam bidang Syariah di Mu’tah University of Jordan. Selepas pulang ke tanah air, beliau bekerja sebagai guru sandaran di sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh pada tahun 2006. Kemudian diberi peluang berkhidmatdi Majlis agama Islam Perak sebagai Pegawai Zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, beliau dilantik menjadi tutordi Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Hadis di Univeriti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2008 di bawah tajaan UPSI. 

Menyambung PhD di University of Jordan pada tahun 2011 juga di bawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Beliau dilantik menjadi Pensyarah Kanan di UPSI pada tahun 2015 sehingga kini. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.