Pengajian Asas Teknologi Maklumat / Foundation In Information Technology


Duration
12 Month(s)

Intakes
Jun Nov

Mode
Full Time

Tuition Fee
RM 5735.00

Loan
Tabung Khas KUIS (TKK) / KUIS Scholarship

1. Nama Program: PENGAJIAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT (R/482/3/0045)

2. Kod Program: FA03

3. Kelulusan Pengendalian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPM):

(a) Nombor Surat Jabatan Pendidikan Swasta (JPS): JPT/BPP(U)1000-801/64/Jld.2 (36)

(b) Tarikh Surat Kelulusan: 14 September 2012

(c) Tarikh Tamat Kelulusan: 10 Februari 2018

4. Perakuan Akreditasi oleh Malaysian Qualification Agency (MQA):

(a) Nombor Pendaftaran MQA: A8382

(b) Tarikh Akreditasi Penuh: 25/06/2010

5. Fakulti dan Jabatan yang Menawarkan Program:

(a) Pusat Asasi KUIS

(b) Jabatan Pengurusan dan Informasi

6. Jenis Pengajian: Sepenuh Masa (Full Time)

7. Bahasa Pengantar Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P): Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

8. Tempoh Pengajian: 3 Semester (1 Tahun)

Setiap semester mengandungi 12 minggu kuliah dan 2 minggu peperiksaan akhir semester.

9. Waktu Perkuliahan (Aktiviti Pengajaran dan Pengajaran – P&P):

(a) Secara umumnya, KUIS membenarkan aktiviti perkuliahan dilaksanakan pada Isnin hingga Jumaat, diantara jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam.

(b) Bagaimanapun, kebanyakan kuliah dilaksanakan pada waktu siang di antara jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang bagi memberikan ruang ulangkaji secukupnya kepada pelajar pada waktu malam. Susunan jadual perkuliahan adalah mengikut ketetapan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) KUIS.

Hasil Pembelajaran Program:

i.  Menunjukkan kefahaman terhadap konsep, prinsip dan proses dalam bidang teknologi maklumat.

ii. Mengaplikasi prinsip asas dalam bidang teknologi maklumat untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah.

iii. Mengaplikasi aktiviti akademik; mengumpul maklumat, menganalisa data dan membuat kesimpulan secara      individu atau berkumpulan.

iv. Membincangkan idea, hujah dan maklumat dalam pelbagai persekitaran berbeza secara berkesan.

v. Mempamerkan kecekapan dalam mengumpul maklumat dan kemahiran teknologi untuk pembelajaran sepanjang hayat.

 

Jumlah Nilai Kredit Keseluruhan Program: 50 Kredit

 

Semester 1

1. FIAM1103 AKHLAK MUSLIM

2. FLAB1122 ARABIC I

3. FLEE1112 ENGLISH I

4. FTSC1103 INTRODUCTION TO COMPUTER

5. FTSD1103 MATHEMATICS I

6. FTSP1103 PROBLEM SOLVING

 

Semester 2

1. FITH2103 TILAWAH 3

2. FLAB2122 ARABIC II

3. FLEE2112 ENGLISH II

4. FTMM2103 FUNDAMENTAL TO MULTIMEDIA

5. FTRW2103 FUNDAMENTAL TO WEB DESIGN

6. FTSD2103 MATHEMATICS II

 

Semester 3

1. FCPP3103 PENGENALAN SAINS TINGKAH LAKU & PERKEMBANGAN MANUSIA

2. FLEE3112 ENGLISH III

3. FMBB3103 INTRODUCTION TO BUSINESS

4. FTSC3103 FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING

5. FTSD3103 MATHEMATICS III

6. FTSN3104 COMPUTER INSTALLATION AND MAINTENANCE

Syarat Kelayakan Masuk:

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 5 kredit termasuk kredit dalam mata pelajaran Matematik; atau

ii. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia. 

International Applicant

•A pass in O-Level with at least Grade C in five (5) subjects; OR 

•Equivalent qualifications recognized by the Malaysian government. 

Prospek Kerjaya:

Program Asasi digubal sebagai landasan kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O Level yang berkelayakan untuk mengikuti kelas persediaan sebelum mengikuti pengajian tinggi diperingkat ijazah sarjana muda. Kelulusan diperingkat pengajian asasi tidak digunakan sebagai kelayakan untuk memulakan kerjaya.

 

Prospek Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Lebih Tinggi:

(a) Layak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Awam dan Universiti Swasta dalam dan luar negara yang mengiktiraf lulusan Asasi KUIS.

(b) KUIS juga menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda berikut:

(i) Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM)

  • BT01 Teknologi Maklumat (Multimedia) (Kepujian)
  • BT02 Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
  • BT03 Teknologi Kejuruteraan Perisian (Kepujian)

(ii) Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM)  BC02 Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)

(iii) Fakulti Pendidikan (FPen)

  • BE01 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dengan Multimedia (Kepujian)
  • BE02 Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)