Pengajian Tahun Asas Bahasa Arab / Foundation In Arabic

Duration
12 Month(s)

Intakes
Jun Nov

Study Mode
Full Time

Tuition Fee
RM 5777.00

Loan Available
Tabung Khas KUIS (TKK) / KUIS Scholarship

1. Nama Program: PENGAJIAN TAHUN ASAS BAHASA ARAB (R/224/3/0018)

2. Kod Program: FA04 3. Kelulusan Pengendalian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPM):

(a) Nombor Surat Jabatan Pendidikan Swasta (JPS): JPT/BPP(U)1000-801/64/Jld.2 (30)

(b) Tarikh Surat Kelulusan: 12 Julai 2012

(c) Tarikh Tamat Kelulusan: 27 September 2017

4. Perakuan Akreditasi oleh Malaysian Qualification Agency (MQA):

(a) Nombor Pendaftaran MQA: A8235

(b) Tarikh Akreditasi Penuh: 30/06/2010

5. Fakulti dan Jabatan yang Menawarkan Program:

(a) Pusat Asasi KUIS

(b) Jabatan Pengajian Islam

6. Jenis Pengajian: Sepenuh Masa (Full Time)

7. Bahasa Pengantar Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P): Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

8. Tempoh Pengajian: 3 Semester (1 Tahun)

Setiap semester mengandungi 12 minggu kuliah dan 2 minggu peperiksaan akhir semester. 

9. Waktu Perkuliahan (Aktiviti Pengajaran dan Pengajaran – P&P):

(a) Secara umumnya, KUIS membenarkan aktiviti perkuliahan dilaksanakan pada Isnin hingga Jumaat, diantara jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam.

(b)  Bagaimanapun, kebanyakan kuliah dilaksanakan pada waktu siang di antara jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang bagi memberikan ruang ulangkaji secukupnya kepada pelajar pada waktu malam.

Susunan jadual perkuliahan adalah mengikut ketetapan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) KUIS. 

Hasil Pembelajaran Program:

i. Menunjukkan kefahaman dalam fakta, konsep, prinsip dan proses dalam bidang asas Bahasa Arab.

ii. Mengaplikasikan (menggunakan) prinsip-prinsip asas dalam bidang Bahasa Arab dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah asas Bahasa Arab dengan berkesan.

iii. Mempunyai daya kepimpinan yang baik samada dari segi penyelesaian masalah dan mampu menyumbang buah fikiran dan tenaga dalam kerja-kerja berpasukan ataupun individu.

iv. Menunjukkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam menyampaikan idea-idea yang bernas dalam proses perbincangan dan pembentangan dengan mempamerkan etika yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab sosial selari dengan kehendak syariat Islam.

v. Mencari dan membantu urus informasi dengan baik dan menggunakan maklumat untuk mendapatkan ilmu baru serta menunjukkan komitmen bagi pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan professional.

 

Jumlah Nilai Kredit Keseluruhan Program: 51 Kredit

 

Semester 1

1. FIAM1103 AKHLAK MUSLIM

2. FLAI1123 AT-TATBIQAT FI AL-ISTIMA' I

3. FLAK1123 AT-TATBIQAT FI AL-KALAM I

4. FLAQ1123 AT-TATBIQAT FI AL-QIRAAT I

5. FLEE1112 ENGLISH I

6. FTSC1103 INTRODUCTION TO COMPUTER

 

Semester 2

1. FITH2103 TILAWAH

2. FLAI2123 AT-TATBIQAT FI AL-ISTIMA' II

3. FLAK2123 AT-TATBIQAT FI AL-KALAM II

4. FLAT2123 AT-TATBIQAT FI AL-KITABAH I

5. FLEE2112 ENGLISH II

6. FLKP2003 COMMUNICATION SKILLS AND MUSLIM PROFESSIONALISM

 

Semester 3

1. FAIP3002 INTRODUCTION TO ISLAMIC PSYCHOLOGY

2. FCPP3103 PENGENALAN SAINS TINGKAH LAKU & PERKEMBANGAN MANUSIA

3. FLAN3103 AL-NAHW AL-ASASI

4. FLAQ2123 AT-TATBIQAT FI AL-QIRAAT II

5. FLAS3103 AL-SARF AL-ASASI

6. FLAT3123 AT-TATBIQAT FI AL-KITABAH II

Syarat Kelayakan Masuk:

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 5 kredit dan lulus Bahasa Arab; atau

ii. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

International Applicant

•A pass in O-Level with at least Grade C in five (5) subjects including Arabic Language; OR 

•Equivalent qualifications recognized by the Malaysian government. 

Prospek Kerjaya:

Program Asasi digubal sebagai landasan kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O Level yang berkelayakan untuk mengikuti kelas persediaan sebelum mengikuti pengajian tinggi diperingkat ijazah sarjana muda. Kelulusan diperingkat pengajian asasi tidak digunakan sebagai kelayakan untuk memulakan kerjaya. 

 

Prospek Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Lebih Tinggi:

(a) Layak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Awam dan Universiti Swasta dalam dan luar negara yang mengiktiraf lulusan Asasi KUIS.

(b) KUIS juga menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda berikut:

(i) Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI)

  • BI01 Syariah dengan Undang-undang (Kepujian)
  • BI02 Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)
  • BI03 Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian)
  • BI04 Al-Quran dan Al-Qiraat (Kepujian)
  • BI05 Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
  • BC01 Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian)
  • BC03 Bahasa Arab (Terjemahan) (Kepujian)

(ii) Fakulti Pendidikan (FPen)

  • BE01 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dengan Multimedia (Kepujian)
  • BE02 Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.