Diploma Pengajian Islam (AL QURAN DAN AL SUNNAH)

Duration
30 Month(s)

Intakes
Jun Nov

Study Mode
Full Time

Tuition Fee
RM 17350.00

Loan Available
Biasiswa, dermasiswa, bantuan kewangan, pinjaman dan/ atau mengeluarkan simpanan sendiri adalah terletak di atas budi bicara pelajar dan juga ibu bapa/ penjaga. Sebagai makluman, 70 peratus pelajar KUIS memilih untuk mengambil manfaat dari pinjaman pendidikan tinggi yang disediakan oleh pihak PTPTN.

Kod Program: IS14 (R/221/4/0150)

Kelulusan Pengendalian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPM):

(a). Nombor Surat Jabatan Pendidikan Swasta (JPS): JPT/BPP(U)1000-801/64/Jld.4(12)

(b). Tarikh Surat Kelulusan: 13 April 2015

(c). Tarikh Tamat Kelulusan: 10 Julai 2020

Perakuan Akreditasi oleh Malaysian Qualification Agency (MQA):

(a). Nombor Pendaftaran MQA: A11607

(b). Tarikh Akreditasi Penuh: 19/07/2010

Fakulti dan Jabatan yang Menawarkan Program:

(a). Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI)

(b). Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah

Jenis Pengajian: Sepenuh Masa (Full Time)

Bahasa Pengantar Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P): Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Tempoh Pengajian: 5 Semester (2 Tahun 6 Bulan)

Setiap semester mengandungi 14 minggu kuliah, 1 minggu ulangkaji dan 3 minggu peperiksaan akhir semester.

Waktu Perkuliahan (Aktiviti Pengajaran dan Pengajaran – P&P):

(a). Secara umumnya, KUIS membenarkan aktiviti perkuliahan dilaksanakan pada Isnin hingga Jumaat, diantara jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam.

(b). Bagaimanapun, kebanyakan kuliah dilaksanakan pada waktu siang di antara jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang bagi memberikan ruang ulangkaji secukupnya kepada pelajar pada waktu malam. Susunan jadual perkuliahan adalah mengikut ketetapan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) KUIS. 

Semester 1

  1. PENGAJIAN MALAYSIA 2 (U1) & BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1 (UI)
  2. ENGLISH I
  3. AL ARABIAH LI DIRASAT ISLAMIYYAH I
  4. ULUM AL-QURAN 
  5. ULUM AL-HADITH 
  6. HIFZ AL-QURAN I
  7. AL-SIRAH AL NABAWIYYAH 
  8. KOKURIKULUM
  9. SISTEM TARBIYYAH PELAJAR

 Semester 2

  1. BAHASA KEBANGSAAN A (U2)
  2. TASAWWUR ISLAM (U3) 
  3. PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
  4. ENGLISH II
  5. AL-ARBIAH LI DIRASAT ISLAMIYYAH II
  6. AL-TAFSIR 
  7. AL-MADKHAL ILA ILM AL-DAKWAH
  8. HIFZ AL-QURAN II 
  9. SISTEM TARBIYYAH PELAJAR 

 Semester 3

  1. PENGHANTAR AKIDAH (U3)
  2. ENGLISH III
  3. AL-ARABIAH LI DIRASAT ISLAMIYYAH III 
  4. AKHLAK ISLAMIYYAH 
  5. HIFZ AL-QURAN III 
  6. AL-AHKAM WA AL-ADILLAH AL-SYARI’YAH
  7. AL-HADITH
  8. ULUM AL-QURAN II
  9. SISTEM TARBIYYAH PELAJAR

 Semester 4

  1. AL-FIQH AL-ISLAMI (U2)
  2. AL-TAFSIR WA AL-MUFASSIRUN
  3. ULUM AL-HADITH II 
  4. AYAT-AYAT HUKUM 
  5. HADIS-HADIS HUKUM
  6. ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA , PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM & KEUSAHAWANAN DAN PERANCANGAN KEWANGAN 
  7. HIFZ AL-QURAN IV
  8. SISTEM TARBIYYAH PELAJAR

 Semester 5 

  1. TAFSIR AL-QURAN WA HIFZUH
  2. MANAHIJ AL-MUHADDITHIN 
  3. ILM TAKHRIJ AL-HADITH 
  4. AL-QASAS FI AL-QURAN WA AL-HADITH 
  5. PENGHANTAR UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA ,AL-MASADIR LI AL-DIRASAT AL-ISLAMIYYAH & TAREKAT, TASAWWUR DAN PERKEMBANGAN DAKWAH
  6.  LATIHAN BINA INSAN (U4)
  7. SISTEM TARBIYYAH PELAJAR

Syarat Kelayakan Masuk:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dan lulus dalam salah satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab atau Pengajian Islam; atau
  •  Lulus Sijil Pengajian Islam (Tahap 3 KKM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia

Syarat Tambahan:

Pelajar yang tiada asas Bahasa Arab :

a) Perlu Menduduki Ujian Penempatan Bahasa Arab (Sesi Saringan) Sebelum Surat Tawaran Dikeluarkan;

b) Pelajar Yang Berjaya Dalam Ujian Penempatan Bahasa Arab Akan Ditawarkan Program Pengajian Berkaitan Di Kuis;

c) Pelajar Yang Gagal Dalam Ujian Penempatan Bahasa Arab, Surat Tawaran Tidak Akan Dikeluarkan Oleh Kuis. Pelajar Perlu Mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab (Kiba) Di KUISCeLL Untuk Tempoh Minimum 6 Bulan Dan Maksimum Setahun (Surat Tawaran Akan Dikeluarkan Oleh KUISCeLL). 

Prospek Kerjaya:

Penolong Pegawai Tadbir, Guru Agama, Pendakwah, Perunding Pembangunan Mahasiswa, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam/Pembangunan Keluarga

Prospek Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Lebih Tinggi:

(a). Layak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian) di Universiti Awam dan Universiti Swasta dalam dan luar negara yang mengiktiraf lulusan KUIS.

(b). KUIS juga menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke program berikut:

i. Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)

ii. Lain-lain program ijazah sarjana muda KUIS yang bersesuaian. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.