image

Buku 40 Kemahiran Asas Penyelidikan Sarjana dan PhD adalah buku yang wajar dimiliki oleh pelajar atau calon pelajar yang bakal melanjutkan pengajian penyelidikan sarjana mahupun PhD. Buku ini memberi pendedahan awal kepada calon pelajar untuk bersedia dari segi kemahiran asas yang diperlukan dalam penyelidikan sarjana dan PhD, serta mampu memberikan alternatif dan panduan umum. Turut sesuai digunakan oleh pelajar yang tiada pengalaman dalam penyelidikan untuk mendapatkan pendedahan yang baik tentang perkara asas dalam penyelidikan.

Secara umumnya, buku ini ditulis mengikut fasa yang berbeza iaitu:
(i) fasa sebelum pengajian,
(ii) fasa semasa pengajian, dan
(iii) fasa selepas (viva) peperiksaan lisan.

Buku ini juga penting dalam membantu pelajar terutama dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan, penulisan tesis, pembentangan pelajar dan sebagainya. Sebanyak 40 kemahiran asas dalam penyelidikan sarjana dan PhD boleh diadaptasi atau disesuaikan oleh pelajar dalam bidang pengkhususan mengikut keperluan semasa pihak universiti.


Instructor Biography

Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau memiliki kelulusan Doktor Falsafah Sains dalam bidang Teknologi Maklumat daripada UiTM dan kelayakan sebagai Teknologis Profesional daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Kurikulum Akademik dan Ketua Kumpulan Inisiatif Penyelidikan, Entiti Kecemerlangan Tier 5, Kumpulan Teknologi dan Pembelajaran Mudah Alih, UiTM. Beliau merupakan tenaga pengajar jemputan untuk Kursus Persediaan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) (Sains Tulen dan Teknologi) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) (2018, 2019 dan 2020).

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.