image

Sang Kancil mengidam untuk makan daging Rusa. Dia yang kecil tidak mampu berbuat apa-apa. Lalu dimintanya bantuan Harimau. Disuruhnya Harimau berpura-pura mati. Apabila semua haiwan datang, Kancil memberikan isyarat. Harimau lalu menerkam ke tengkuk Rusa. Daging dibahagi dua, kemudian disalai bersama. Ketika Kancil tidur, taringnya tidak boleh disentuh, tetapi Harimau ingkar. Apabila Harimau tidur, Kancil telah makan sehingga habis bahagian daging Rusa milik Harimau. Lalu bahagian Harimau diganti dengan kulit kayu

===============================================================================

Sang Kancil really wants to eat venison but he is small and unable to hunt. He asks help from Tiger, telling him to play dead. When the animals arrive, Kancil then gives a signal and Tiger pounces and kills Deer. The meat is then divided into two parts and smoked. While Kancil is sleeping, his fangs must not be touched, but Tiger refuses to listen. Then when Tiger falls asleep, Kancil eats up Tiger's share of the vension and replaces it with the bark of the tree.


Goals/Objectives

Dengan mendengar buku audio, anda akan dapat mempelajari kosa kata yang baru dan intonasi dan sebutan yang betul daripada pencerita. 

Instructor Biography

Pihak pengurusan dan pasukan produksi aplikasi dan buku audio TLiNGE terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman dalam industri rakaman audio dan hiburan. Pengasas aplikasi TLiNGE merupakan anggota kumpulan nasyid Saujana, iaitu Zuhaidi dan Azalinor yang mana mereka mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai artis dan juga dalam penerbitan album.

Mereka turut dibantu oleh Omar K (memenangi anugerah penerbit muzik terbaik di AIM dan AJL) dan juga Mohariz (mencipta lagu untuk Dato Siti Nurhaliza) sebagai tenaga pakar sokongan.

Dengan tenaga pakar yang berpengalaman dan studio rakaman canggih milik sendiri, pasukan produksi ini akan sentiasa memastikan produk audio yang dihasilkan adalah pada kualiti yang tinggi.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.