Mencintai Isteri Jangan Separuh Hati

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 232 )
RM 12.00

Lelaki dan wanita, suami dan isteri, ayah dan ibu, sama-sama mempunyai peranan lebih untuk tergapainya keindahan dan syurga dari sebuah pernikahan atau keluarga. Semua mesti menunaikan kewajiban, semua mesti memperhatikan, semua juga mesti saling menjaga. Begitulah keluarga, ia jalan menuju syurga, jika semua berdiri pada posisinya. Jangan ada yang menzalimi atau terzalimi, baik isteri mahupun suami. Bangun syurga pernikahan bersama, melangkahlah bersama. Hidupkan suasana cinta dalam keluarga. Agar pengabdian pada-Nya semakin indah dirasai. 

 

Beberapa abad silam Islam sudah menggariskan kemuliaan untuk kaum wanita. Tanpa perlu di demo dan dituntut, Islam menyetarakan masalah hukum antara laki-laki dan wanita. Islam menempatkan wanita pada singgasana indah, walaupun Islam tidak memberi peluang bagi mereka menduduki jabatan sebagai pimpinan kenegaraan. Bukan meremehkan, lebih pada sebuah penjagaan akan kehormatan, kelembutan serta kesantunan yang sesuai dengan tuntunan kesucian mereka sebagai wanita. Kerana sekali lagi, dalam banyak hal, wanita punya hak yang sama dengan kaum adam. 

 

Untuk anda para suami……………….janganlah berhenti mencintai dan menyayangi isteri anda. Bimbing dan tuntun mereka dalam menggapai redha-Nya. Jaga selalu, segala cintanya, kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan yang ia limpahkan pada anda. Syukuri segala lebih dan kurang yang ada dalam dirinya. Agar mereka tidak akan merasa sia-sia berbakti pada anda.

Dr. Najah Ahmad Az-Zhihar dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi. Beliau berkelulusan BA bahasa Arab (kesusasteraan) Fakulti Syariah cawangan University Al-Malik Abdul Aziz Mekah (1399 H), MA bahasa Arab Falkulti bahasa Arab, PHD bahasa Arab, Universiti Ummul Qura, Mekah (1403 H).

 

Kini bertugas sebagai Prof. kesusasteraan (bahasa arab) di Universiti Perubatan Madinah. Beliau banyak menulis buku-buku yang bertemakan bahasa & kekeluargaan.