Konspirasi Pembunuhan Nabi SAW

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 86 )
RM 11.00

Ketika baginda SAW sedang sakit dan hampir wafat, baginda berkata, “Wahai Aisyah, aku masih merasai kesakitan akibat makanan (kambing yang diletak racun) yang aku jamah di Khaibar.” (HR al-Bukhari: 4428) Perjuangan dakwah baginda SAW terus dimusuhi sehingga akhir hayatnya. Begitu banyak usaha yang dilakukan oleh musuh Islam untuk menghalang usaha baginda dalam menyebarkan risalah. 

Bermula sejak baginda diangkat menjadi Utusan Allah, pelbagai perancangan untuk membunuh baginda dirangka demi mematikan usaha dakwah. Baginda merupakan individu yang sangat dihormati dan disanjung oleh semua orang sebelum diangkat menjadi utusan Allah. Namun segalanya berubah apabila baginda menerima wahyu. 

Ini bererti mereka bukan memusuhi kebaikan dan akhlak baginda, tetapi kebencian dan kesombongan daripada menerima kebenaran wahyu yang mencetuskan permusuhan. 

Diharapkan karya ini mampu menaikkan semangat kita menjadi penyampai risalah tauhid sekalipun diuji dan dimusuhi oleh manusia.

Ahmad Yassin adalah nama pena yang diambil sempena nama perjuang HAMAS dari Palestin. Beliau berasal dari Pulau Jawa, Indonesia dan dilahirkan pada 1982. Penulis berkelulusan dari Universiti Jendral Sudirman, Purwokerto. Minatnya yang cenderung dalam bidang penulisan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupannya. Ahmad Yassin selalu berusaha menambah dan memperbaiki tulisan justeru, memperbanyakkan lagi karya di masa yang akan datang. Konspirasi Pembunuhan Nabi merupakan karya beliau yang kedua bersama Kemilau Publika selepas Terowong Gaza.