Resepi Pemakanan Rasulullah

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 365 )
RM 13.00


Meniru apa yang dimakan oleh Rasulullah S.A.W.

Buku ini adalah buku resipi yang dicipta untuk anda yang suka kepelbagaian pemakanan. Setiap resipi mengandungi bahan-bahan yang dimakan oleh Nabi S.A.W. Juga dilampirkan hadis-hadis Nabi S.A.W berkaitan dengan pemakanan Baginda.

Ianya mungkin juga sebahagian rahsia Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan dengan cara pemakanan. Tabiat pemakanan yang boleh juga diteladani mengikut selera anda. Amalan pemakanan Rasulullah Saw amat bertepatan dengan al-Quran, "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan"(Surah al-A'raf, ayat 31). 

Namun ini adalah sunah "JIBILIYAH", yakni berdasarkan adat pemakanan zaman baginda S.A.W.

Makan, hari-hari manusia makan. Namun bagaimana makanan yang sesuai untuk badan. Ada manusia yang banyak makan, ada yang kurang makan. Dari Aisyah, Bersabda Rasulullah S.A.W kepadaku pada suatu hari: "Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?"Aisyah berkata:" Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)" Baginda bersabda "(Jika begitu) maka aku berpuasa". (HR Muslim).

Firman Allah S.W.T, Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia. (Surah Thoha, ayat 81).

Makanlah dengan niat untuk kekuatan diri agar sempurna dalam beribadah kepada Allah S.W.T. Buku ini terkandung resipi yang mudah serta ringkas. Resipi yang terdapat di dalamnya adalah bahan yang dimakan oleh Rasulullah S.A.W, seperti kurma, madu, cuka, buah labu dan lain-lain lagi.

Buku ini adalah buku resipi yang dicipta untuk anda yang suka kepelbagaian pemakanan. Setiap resipi mengandungi bahan-bahan yang dimakan oleh Nabi S.A.W. Juga dilampirkan hadis-hadis Nabi S.A.W berkaitan dengan pemakanan Baginda.

Ianya mungkin juga sebahagian rahsia Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan dengan cara pemakanan. Tabiat pemakanan yang boleh juga diteladani mengikut selera anda. Amalan pemakanan Rasulullah S.A.W amat bertepatan dengan al-Quran, "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan"(Surah al-A'raf, ayat 31). 

Umi Azah berasal dari Perak, menetap di Sg. Buloh, Selangor. Merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau minat memasak. Suka mencuba menu-menu baru dan mengubah suai mengikut selera masyarakat tempatan. Menu sunnah adalah keutamaan beliau. Buku ini merupakan yang pertama beliau bersama Kemilau Publika Sdn Bhd. Hasil sokongan kuat daripada keluarga, maka terhasillah buku Resipi Pemakanan Rasulullah.