image

E-Book Digital Marketing Fundamentals daripada Master Azriel ini ditulis untuk usahawan dan mereka yang baru dan ingin pelajari perkara-perkara asas dalam dunia pemasaran online. Satu e-Book yang senang untuk difahami yang lebih banyak memfokuskan praktikal daripada teori. Bagaimana cara menggunakan platform Google Trends, Facebook, Instagram, WhatsApp, Copywrirtng dan FB Ads akan diajar dalam e-Book ini. Lebih menarik, e-Book ini juga memberi kelebihan untuk belajar pemasaran online dengan menggunakan laptop dan smartphone mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Dengan ajaran langkah demi langkah dan grafik yang sebenar beserta penerangan dalam bahasa yang tidak teknikal, pastinya anda mudah untuk memahami dan mempraktikkannya selepas membeli e-Book ini. Sebuah e-Book yang berbaloi jika dibezakan daripada anda menghadiri kelas yang menelan belanja beratus atau beribu ringgit sehari. Anda tak perlu menghadiri kelas berkali-kali, mengorbankan masa, minyak dan tol, cukup dengan e-Book ini sebagai rujukan untuk anda pelajar perkara-perkara asas pemasaran online bagi meningkatkan jualan produk atau servis anda.

E-Book ini mengandungi 268 muka surat.


Goals/Objectives

1. Memahami Google Trends untuk melihat pencarian semasa pelanggan dalam google dan penting sebagai usahawan online mengkaji trend semasa pelanggan menggunakan sesuatu kata kunci untuk mencari sesuatu produk atau servis. Dengan Google Trends anda juga boleh melihat tempat yang popular di mana pencarian kata kunci itu dilakukan dan apa kata kunci yang pelanggan anda selalu gunakan.

2. Dengan Facebook, kebanyakkan daripada anda sudah mengenalinya. Hanya menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan dan keluarga? Mengapa tidak menggunakannya untuk meningkatkan jualan produk atau servis anda? E-Book ini mengajar anda pentingnya kedai online atau page dan bagaimana ia boleh membantu perniagaan anda.

3. Instagram adalah platform untuk anda yang gemarkan pemandangan yang cantik. Hanya mengikuti perkembangan artis dan selebriti? Gunakan instagram untuk mempromosikan produk atau servis anda. Gunakan kelebihan anda yang gemarkan gambar-gambar yang cantik untuk menarik pengikut atau followers! Anda akan pelajari bagaimana mencipta akaun instagram baru, menghubungkan akaun instagram dengan facebook dan menukar profil instagram kepada profil perniagaan.

4. Semua orang pun menggunakan whatsapp sebagai medium untuk berkomunikasi. Tapi adakah anda tahu bagaimana cara yang betul untuk memasarkan produk atau servis  dalam whatsapp? Pelajari perkara-perkara asas tentang platform ini seperti membuka whatsapp dengan laptop atau desktop, membina group, menambah ahli dalam group, mengubah status ahli dalam group, meninggalkan group, mengubah notifikasi group, menjemput prospek ke group, membina list broadcast, menambah atau mengurangkan ahli dalam list broadcast, menukar nama list broadcast dan pin group whatsapp atau list broadcast.

5. Copywriting atau ayat jualan adalah penting untuk anda meyakinkan pelanggan sebelum mereka membeli produk atau servis anda. Apa yang perlu ditulis dalam copywriting? Bila masa yang sesuai untuk membuat copywriting? E-Book ini akan mengajar anda cara membuat copywriting dan mengenali teaser, soft sell dan hard sell.

6. Sejauh mana post yang anda buat bila mahu menjual sesuatu produk atau servis itu dilihat oleh suspek? FB Ads atau iklan facebook akan membantu anda untuk mendapatkan pelanggan yang lebih ramai. Pelajari bagaimana untuk mencipta iklan facebook dengan objektif pemasaran melalui post engagement dalam topik fb ads.

Instructor Biography

Azriel Azim Azelan memiliki Master of Business Administration dari University of Derby, United Kingdom, Degree of Electrical Engineering dari University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Executive Diploma in Management dari Federation of Malaysian Manufacturers (FMM). Azriel juga adalah Certified Professional Trainer dan Facilitator dari University of Malaya dan PSMB Certified Trainer dari Human Resources Development Fund (HRDF). Semasa tempoh bekerja di Celestica dan Continental Tyre, dia juga banyak menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pembelajaran dan pembangunan. Seorang Professional Trainer dan Facilitator dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri elektronik dan pembuatan tayar terutamanya dibidang Kejuruteraan, Sumber Manusia, Pengeluaran dan Pengurusan Kualiti. Beliau juga telah memegang jawatan seperti Juruteknik, Penyelia Pengeluaran, Eksekutif Kanan Kualiti dan Pengurus Shift dan sekarang sebagai Pengasas dan Pengarah Urusan kepada 3 syarikatnya sendiri iaitu Azriel Consulting and Training PLT, Jutaviral Solutions PLT dan Azrieluv Enterprise. Syarikatnya, Azriel Consulting and Training PLT adalah Registered Training Provider dari Human Resources Development Fund (HRDF). Beberapa modul seperti Digital Marketing Fundamentals, Facebook Ads and Copywriting, Google Adwords Fundamentals dan Google Adwords Display Advanced telah didaftarkan dibawah Skim SBL-KHAS HRDF. Azriel juga adalah Google Partner, Certified Google Adwords Professional dan Certified Google Analytics Professional daripada Google.

Bukan sahaja melatih usahawan, Azriel juga telah membangunkan jenama minyak wanginya sendiri iaitu SecondVirgin dan sangat meminati dunia keusahawanan. Bermula daripada kajian dan pembangunan, dia telah berurusan dengan syarikat OEM untuk menghasilkan minyak wanginya sendiri. Memperkemaskan proses pengeluaran, merekabentuk botol dan pembungkusan dan pemilihan bau untuk menjadikan minyak wanginya pada kelas yang tersendiri. Dia telah melantik dropshipper, agen dan stokis sebagai strategi pemasaran bagi memenuhi permintaan pelanggan seluruh Malaysia.
Seorang yang pakar dalam bidang digital marketing, personal coaching, team building, lean manufacturing dan problem solving skills dan sangat suka menguruskan pekerja dalam persekitaran yang berlainan dan sedia berkongsi kepakarannya kepada masyarakat.

Azriel juga bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS Selangor dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam melatih para usahawan terutamanya dalam mempromosikan perniagaan mereka melalui pemasaran online dan sekarang beliau melatih syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) daripada pelbagai agensi dibawah program eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di seluruh negara. Beliau telah melatih lebih 7000 usahawan dengan lebih 300 kelas, bersama membangunkan dan mengekalkan perniagan mereka pada tahap yang lebih tinggi melalui pemasaran online. Berhubung semula dan memandu usahawan selepas latihan untuk memastikan mereka mencapai cita-cita mereka. Pada tahun 2016, Azriel telah menerima anugerah sebagai Jurulatih Terbaik eUsahawan Mikro daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.