Kem Huffaz Cuti Sekolah 2017

by Al-Madar Tahfiz

0 ( 0 ratings )
  • ( 200 )
RM 300.00 RM 600.00   ( 50 % Off )

10/12/2017 - 17/12/2017

24 jam sepanjang tempoh kem (Penginapan dan makanan disediakan)

SRI Al-Madar, Jalan Kampung Perepat, Batu 8 ½ Kapar, 42200 Klang, Selangor, Malaysia

 View Map
  Book Now

Cuti sekolah bakal menjelang! Sudahkah anda memikirkan tentang pengisian anak-anak?

Berikutan permintaan ramai, Kem Huffaz pada tahun ini diadakan lagi. Sejak tahun 2006, Maahad Tahfiz Integrasi Al-Madar (dahulu dikenali sebagai Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar Wal Mawaddah) telah mengadakan program pengisian sempena cuti sekolah dengan jayanya.

Kali ini, pelbagai aktiviti menarik telah dijadualkan khas buat anak-anak anda! Antaranya ialah hafazan al-Quran, solat berjemaah, sesi bacaan Surah Yasin, Study Smart Seminar, Career Talk, Online Learning Session, aktiviti riadah, asas pertanian, perniagaan, pembinaan dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam dan lain-lain lagi.

Program yang berlangsung selama 8 hari 7 malam ini (makan, minum, penginapan, pengajian dan aktiviti-aktiviti lain) diharap dapat menerapkan nilai-nilai positif akhlak Islamiah dalam diri peserta. Selain itu, diharap ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh peserta dalam kehidupan seharian.

Terbuka kepada pelajar lelaki muslim sahaja.

Berumur antara 10 tahun hingga 17 tahun.

Jom berkampung dengan warga Al-Madar!

Jumpa anda di sana!


  • Memastikan bahawa peserta program dapat menguasai teknik hafazan al-Quran yang berkesan, dan mengaplikasikannya terhadap surah-surah pilihan semasa program berlangsung
  • Menyediakan pengisian agama dalam mengisi masa lapang anak-anak melalui pengajian Al-Quran, Al-Hadis, Sirah-Sirah Nabi serta sesi kuliah dan tazkirah.
  • Berkongsi tips dan teknik belajar akademik yang berkesan menerusi Study Smart Seminar dan mengimplementasikannya melalui Online Learning Session
  • Mempersiapkan para peserta sebelum melangkah ke alam pekerjaan menerusi Career Talk
  • Memberikan pendedahan kepada asas-asas pertanian, perniagaan dan pembinaan
  • Menerapkan nilai-nilai positif akhlak islamiah melalui pendedahan kepada amalan solat berjemaah, sesi bacaan Surah Yasin, konsep bergotong-royong dan pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang kem berlangsung

Para penceramah dan fasilitator terdiri daripada pucuk pimpinan eksekutif Maahad Tahfiz Integrasi Al-Madar yang mempunyai pengalaman mengajar selama puluhan tahun. Mereka bukan sahaja berpengalaman luas dalam bidang agama, malah memiliki latar belakang professional, dan mempunyai pencapaian dalam segenap bidang.

USTAZAH SUMAYYAH

  • Pengasas Sekolah Rendah Islam Al-Madar
  • Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 26 tahun, di dalam dan di luar negara selaku guru, home tutor, dan Guru Besar sekolah
  • Berpengalaman mengajar di USA, UK dan Arab Saudi selama 13 tahun sebelum menubuhkan sekolah di Malaysia.
  • Lepasan Jamiatul Khairiah, Dahran, Arab Saudi
  • Memperoleh Diploma dari Thompson Direct, USA
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Lincolnshire University, USA
  • Mantan pelajar Univeristy of London, UK dalam bidang Undang-undang (LLB)
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga giat berkecimpung dalam bidang penulisan

USTAZ MOHAMAD

  • Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Madar
  • Pengetua Maahad Tahfiz Integrasi Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 8 tahun, bagi subjek-subjek agama dan akademik
  • Sering diundang untuk menjadi penceramah dan fasilitator program oleh institusi seperti sekolah, kolej-kolej, surau, serta badan komuniti masyarakat
  • Lepasan Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar Wal Mawaddah
  • Merupakan pelajar cemerlang PMR (8A) dan SPM (10A)
  • Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM (Tas & PAI)
  • Tokoh Sahsiah Terpuji SMKPA 2010
  • Tokoh NILAM Kebangsaan
  • Calon Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga merupakan Consultant di Prudential BSN Takaful, Negotiator di Hartamas Real Estate Sdn Bhd dan merupakan salah seorang Partner e-Franchise di Creative Dreams International

USTAZAH SITI

  • Setiausaha Kehormat Sekolah Rendah Islam Al-Madar
  • Penolong Kanan Maahad Tahfiz Integrasi Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun, bagi subjek-subjek agama dan akademik
  • Lepasan Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar Wal Mawaddah
  • Merupakan pelajar cemerlang PMR (8A) dan SPM (10A)
  • Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM (BM, AddMT, PAI, SJ)
  • Tokoh Pelajar SMKPA 2010
  • Graduan Royal College of Surgeon Ireland (RCSI) dalam bidang perubatan
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga giat terlibat dalam bidang penulisan dan sedang berkhidmat di Hospital Shah Alam sehingga ke hari ini