image

Buku ini menyediakan makna per-kata bacaan-bacaan dalam solat bagi membantu para pembaca untuk memahami setiap lafaz yang diucapkan ketika melaksanakan solat harian. Dengan terjemahan perkata ini, dapatlah kita memahami setiap  bacaan solat termasuklah ayat-ayat Al-Quran yang dilafazkan, bukan sahaja bagi masyarakat Islam di Malaysia, malah di Indonesia, Singapura dan negara-negara serumpun yang turut menggunakan Bahasa Melayu. Terdapat juga terjemahan makna keseluruhan bagi mengukuhkan lagi pemahaman para pembaca. Diharapkan buku ini dapat membantu kita semua sebagai umat Islam untuk lebih bersungguh-sungguh dalam menghayati setiap perkataan yang kita ucapkan dalam sembahyang. Penghayatan ini amatlah penting kerana tanpa penghayatan dan kehadiran perasaan dalam kita mengerjakan sembahyang, maka rasa takut atau khusyuk ini juga akan hilang, menjadikan kualiti sembahyang kita akan turut terjejas. Maka apabila kualiti sembahyang ini terjejas, amatlah sukar bagi kita yang melaksanakan sembahyang untuk memampukan diri kita memelihara serta melaksanakan apa yang kita katakan dan janjikan dalam solat itu, agar ianya terpelihara dan terlaksana di luar solat yakni dalam kehidupan seharian. Insyaallah.


Goals/Objectives

Dengan membaca buku ini, mudah-mudahan anda dapat:

  • memahami setiap kalimah yang dilafazkan dalam sembahyang bagi
  • menghadirkan Allah dalam hidup dan mendatangkan khusyuk (takutkan Allah)
  • menyedari kepentingan untuk melaksanakan apa yang dilafazkan dan dijanjikan di hadapan Allah agar tertegak dalam perbuatan dan akhlak seharian.
  • mempelajari serba sedikit tatabahasa dan gaya bahasa Bahasa Arab

Instructor Biography

PROFIL RASMI INSTITUSI

Sekolah Rendah Islam Al-Madar & Maahad Tahfiz Al-Madar merupakan sebuah institusi berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran syarikat SA0079944-V. SRI Al-Madar juga telah mendapatkan lesen pendaftaran rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kod sekolah BJJ0014.

Dahulu, institusi ini dikenali dengan beberapa nama, seperti Sekolah Rendah Islam Al-Madar Wal Mawaddah, dan Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar Wal Mawaddah. Semenjak tahun 2006, institusi ini telah menjalankan perkhidmatan pembelajaran agama, fardhu ain, tahfiz dan akademik di beberapa tempat seperti Puncak Alam, Puchong, dan Putra Heights. Kini, urusan pentadbiran dan pengajian adalah di Jalan Kampung Perepat, Batu 8 ½ Kapar, Klang bagi maahad perempuan dan di 31, Jalan P16D, Presint 16, 62150 Putrajaya bagi maahad lelaki.

LATAR BELAKANG PUCUK PENTADBIRAN, MERANGKAP TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar sepenuh masa terdiri daripada pucuk pimpinan eksekutif Maahad Tahfiz Al-Madar yang mempunyai pengalaman mengajar selama puluhan tahun. Mereka bukan sahaja berpengalaman luas dalam bidang agama, malah memiliki latar belakang profesional, dan mempunyai pencapaian dalam segenap bidang.

PENASIHAT: Ustazah Aslini binti Mohammad Salleh

  • Pengasas Sekolah Rendah Islam Al-Madar
  • Penasihat Maahad Tahfiz Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 26 tahun, di dalam dan di luar negara selaku guru, home tutor dan Guru Besar sekolah
  • Berpengalaman mengajar di USA, UK, dan Arab Saudi selama 13 tahun sebelum menubuhkan sekolah di Malaysia
  • Lepasan Jamiatul Khairiah, Dahran, Arab Saudi
  • Memperoleh Diploma dari Thompson Direct, USA
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Lincolnshire University, USA
  • Mantan pelajar University of London, UK dalam bidang undang-undang (LLB)
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga giat berkecimpung dalam bidang penulisan

 

GURU BESAR: Ustaz Mohamad Noor Syauqi bin Mohammad Shafiee

  • Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Madar
  • Pengetua Maahad Tahfiz Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 8 tahun, bagi subjek-subjek agama dan akademik
  • Sering diundang untuk menjadi penceramah dan fasilitator program oleh institusi seperti sekolah, kolej, surau dan badan komuniti masyarakat
  • Lepasan Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar wal Mawaddah
  • Merupakan pelajar cemerlang PMR 8A dan SPM 10A
  • Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM (Tas & PAI)
  • Tokoh Sahsiah Terpuji SMKPA 2010
  • Tokoh NILAM Kebangsaan
  • Calon Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga merupakan Consultant di Prudential BSN Takaful, Negotiator di Hartamas Real Estate Sdn. Bhd. dan merupakan salah seorang Partner e-Franchise di Creative Dreams International

 

PENOLONG KANAN: Ustazah Siti Nur Syazwana binti Mohammad Shafiee

  • Penolong Kanan Sekolah Rendah islam Al-Madar
  • Setiausaha Kehormat Maahad Tahfiz Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun, bagi subjek-subjek agama dan akademik
  • Lepasan Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar wal Mawaddah
  • Merupakan pelajar cemerlang PMR 8A dan SPM 10A
  • Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM (BM, AddMT, PAI, SJ)
  • Tokoh Pelajar SMKPA 2010
  • Graduan Royal College of Surgeon Ireland (RCSI) dalam bidang perubatan
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga giat terlibat dalam bidang penulisan dan berkhidmat sebagai doktor perubatan

Reviews

  • image

    NORIZAN BINTI ABD. RAHIM

    Pada pandangan saya, ia adalah sebuah naskah yang sangat baik untuk dimiliki oleh semua orang Islam dan juga bukan Islam. Orang Islam akan lebih fokus dalam solat bila tahu setiap makna bacaan solatnya. Manakala orang bukan Islam pula, mereka akan faham setiap pergerakan dalam solat itu diiringi dengan bacaan-bacaan solat tertentu yang mana maknanya disesuaikan dengan pergerakan yang berkaitan.

    19/07/2021 09:42:04

  • image

    siti

    it's very good that i get to learn from the very basic, yet super important for my Deen and worship to Allah

    19/12/2018 10:31:57

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.