36 Soalan Untuk Jatuh Cinta

by Peter De Run

5 ( 3 ratings )
  • ( 279 )     ( 3 )
RM 3.00

Soalan-soalan cinta yang berasal daripada penulis sebenarnya Pelayanan Petros telah dikumpulkan dan dibukukan semula oleh Encik Peter De Run. Buku ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kerana buku asalnya adalah Bahasa Inggeris.

Mereka yang sesuai menggunakan soalan-soalan ini ialah mereka yang mahu menciptakan keintiman, jatuh cinta, mendalamkan perhubungan kasih yang sudah ada atau mengurangkan jurang yang mungkin wujud antara dua peribadi yang sedang berhubung.

Soalan-soalan ini juga boleh membantu pasangan yang sudah kahwin untuk lebih rapat dan meningkatkan keghairahan kasih antara mereka berdua.

Soalan-soalan ini merupakan hasil kajian Profesor Aron tentang prosedur menjana-keintiman. Dijangka dua orang yang duduk bersama hanya memerlukan sejam untuk menjawab soalan-soalan ini. 

Kenapa tunggu lagi? Dapatkan buku ini dan alami perhubungan penuh kasih!

Saya telah mencipta dan mengajar satu seminar cinta dan perhubungan lelaki perempuan berjudul Cinta Bijak 101. Seminar ini ada 4 modul dan akan membantu menyediakan anda dan membantu anda mengharungi dengan berjaya liku-liku percintaan.

Modul 1 - Mengenal diri anda dan memajukan diri anda

Modul 2 - Menjalinkan persahabatan sihat dengan mereka yang berlawanan jantina

Modul 3 - Memahami perhubungan cinta kasual dan bagaimana mengelak bahaya yang akan dialami

Modul 4 - Bagaimana mengenal pasti dan memilih teman hidup dan hal perkahwinan

Menjadi pastor apabila berumur 19 tahun dan telah berpengalaman lebih 30 tahun khususnya antara orang muda. Memiliki Sarjana Muda dalam Teologi dan Sarjana dalam Pendidikan Agama. Seorang penulis prolifik, sekarang telah menghasilkan lebih 10 buah buku termasuk Kita Cinta Bijak dan Menyemai Benih. Popular sebagai penceramah dan pakar motivasi kerana ajaran-ajarannya yang mudah, bersemangat dan provokatif. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

  • Rose Mina

    Best buku ni

  • Fenntastic Fenn

    Best! Ada soalan2 pasal cinta sy langsung tidak pernah fikir.. Bagus utk kesedaran..????

  • Jacqueline Joseph

    Simple but yet powerful questions to ponder on.