image

Buku ini adalah kompilasi daripada teknik-teknik rawatan kepada pesakit-pesakit yang diuji oleh Allah dengan gangguan-gangguan makhluk halus. Teknik-teknik yang dimuatkan di dalam buku ini telah diajar kepada orang awam melalui kursus-kursus insentif rawatan Islam tahap 1 dan 2 sejak lebih dari 5 tahun. 

Setelah sekian lama merawat pesakit, saya merasakan usaha-usaha begini lebih bercorak kerja-kerja perawatan. Di luar sana masih ramai lagi yang diganggu tanpa pengetahuan mereka. Saya memikirkan rawatan ini juga mesti melalukan kerja-kerja menghalang iaitu mengesan gangguan lebih awal. 

Dengan membaca buku ini, pembaca akan didedahkan lebih daripada 30 teknik rawatan. Ia mudah untuk dirujuk dan diamal.


Instructor Biography

ABDUL MAJID HASSAN diasuh oleh kedua-dua ibu bapanya untuk menjadi seorang ustaz dengan memulakan pengajian menengahnya di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Kemudian ke Kolej Islam Kelang, Selangor. Oleh kerana minatnya dalam bidang sains, beliau bertukar arah ke Pusat Matrikulasi Sains selepas menamatkan SPM dan melanjutkan pengajian sehingga di peringkat universiti dalam bidang fizik nuklear. Beliau seterusnya berkhidmat di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) selama tujuh tahun dan meletak jawatan kerana ingin menceburi bidang perniagaan.

 

Penglibatan dalam dunia perubatan alternatif bermula apabila mempelajari perubatan homeopathy sehinggalah beliau membuka klinik rawatan di Lembah Kelang selama dua tahun. Dalam masa yang sama beliau menuntut ilmu perubatan Islam daripada beberapa orang guru serta melakukan penyelidikan berdasarkan pembacaan buku-buku rawatan Islam. Penulis membuka klinik di Kuang dan meneruskan kajian melalui rawatan-rawatan yang dijalankan.

 

Beliau merekodkan cerapan rawatannya yang akhirnya dibukukan melalui buku pertama beliau berjudul “Berdialog dengan jin - diari seorang perawat”. Buku ini telah diulang cetak sebanyak empat kali dan menjadi buku terlaris pada suatu ketika dahulu. Pengalaman rawatan beliau dikongsikan kepada peminat-peminat rawatan Islam melalui siri-siri kursus intensif rawatan Islam (KIRI) yang dianjurkan oleh Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE).

 

AKRINE semakin mendapat tempat dalam masyarakat yang akhirnya perawat-perawat yang dididik menubuhkan persatuannya sendiri yang dinamakan Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia (AKRINE). Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu perawat Islam akan dipanggil ustaz. Maka Tuan Hj. Dr (H) Abdul Majid Hassan pun menerima panggilan yang sama. Mudah-mudahan cita-cita ayahanda dan bonda diberkati Allah SWT.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.