image

Naratif Filem: Satu Pengenalan dihasilkan sebagai sebuah buku teks bagi memberi panduan dan kefahaman asas kepada pembaca (pelajar, penulis skrip, pengkritik filem) untuk memahami naratif filem. Pemahaman ini membolehkan pembaca terutama pelajar, penulis skrip dan pengkritik memahami pembentukan sesebuah cerita bagi tujuan apresiasi, kritikan dan penghasilan sesebuah skrip filem yang baik. Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi para pelajar institusi pengajian tinggi yang mengikuti kursus penulisan skrip, kritikan filem dan juga karya kreatif yang lain seperti novel dan cerpen. Selain itu, ia boleh digunakan oleh penyelidik yang mengkaji bidang perfileman kerana elemen dan struktur naratif adalah asas kepada pemahaman sebuah skrip dan filem.


Instructor Biography

Zairul Anuar Md. Dawam merupakan pensyarah filem di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah dalam bidang penulisan skrip, pengurusan dan pemasaran filem.

 

Nur Azlan Zainuddin merupakan pensyarah di Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang komunikasi visual dan penyiaran.

 

Mohd. Nor Shahizan Ali merupakan pensyarah Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang penyiaran (filem dan dokumentari) serta budaya visual.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.