image

Masyarakat Iban di Sarawak mewarisi keagungan sastera lisan daripada kearifan lokal nenek moyang mereka. Salah satu sastera lisan yang sangat terkenal dan masih diwarisi sehingga kini ialah entelah. Entelah atau teka-teki masyarakat Iban memainkan peranan yang sangat penting termasuklah menjadi wadah dokumentasi sosiobudaya masyarakat Iban. Penelitian ini telah menyangkal tanggapan umum yang menganggap entelah merupakan sastera lisan berbentuk hiburan semata-mata. Kajian yang menggunakan teori semiotik Peirce telah berjaya merungkai tanda-tanda bermakna dalam entelah yang mengacukan penanda tertentu sehingga menginterpretasikan petanda-petanda penting yang berkaitan dengan kehidupan dan kepercayaan masyarakat Iban. Antara tanda dominan yang terdapat dalam entelah ialah tanda Dewi Kumang dan pokok tapang atau tualang. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan peneliti folklor dan memberi maklumat tambahan berkenaan keunikan sastera lisan yang dimiliki peribumi khususnya masyarakat Iban yang jarang-jarang dilakukan oleh pengkaji sebelum ini.


Instructor Biography

Patricia Ganing, PhD ialah anak kelahiran Miri, Sarawak. Beliau mempunyai kelayakan akademik ljazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang sastera lisan, sarjana dalam bidang sastera lisan (2013), ljazah Sarjana Muda Sastera (2007) dan Diploma Pendidikan (2008). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama tiga tahun sebelum memulakan karier sebagai tenaga pengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau juga pernah tersenarai sebagai salah seorang tokoh Dayak oleh Lembaga Literasi Dayak Kalimantan. Kini, beliau terlibat secara aktif dalam mengkaji sosiobudaya masyarakat lban di Sarawak dan Kalimantan. Beliau mempunyai hubungan dua hala bersama penyelidik di Kalimantan, khasnya untuk kajian berkaitan sosiobudaya masyarakat I ban. 

Asmiaty Amat, PhD merupakan Profesor Madya di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau memperoleh ljazah Sarjana Kesusasteraan Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM) dan PhD dalam Pengajian Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM). Fokus kajian beliau adalah berkenaan kritikan karya sastera Sabah dan Sarawak. Beliau juga terlibat dalam kajian berkenaan adat dan budaya masyarakat peribumi termasuk folklore. 

Lokman Abdul Samad, PhD mendapat Sarjana Sastera Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PhD dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau memfokuskan kajian terhadap puisi rakyat dan cerita rakyat Sabah. Buku beliau yang telah diterbitkan ialah Hikayat Hang Tuah: Satu Pembicaraan Karya Agung, Siri Folklore Sabah: Cerita Rakyat dan esei-esei yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal kebangsaan dan antarabangsa. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.