product-view

Pemantauan Prestasi dan Penyelidikan Dalam Latihan Kekuatan dan Suaian Fizikal

Category :  E-Books
Publisher :  UPSI Press
( 312 )

RM 24.00

Description

Pemantauan Prestasi dan Penyelidikan dalam Latihan Kekuatan dan Suaian Fizikal memberikan pengenalan dan konsep asas kaedah penyelidikan dalam suaian fizikal bagi kegunaan pelajar institusi pengajian tinggi, jurulatih, penyelidik dan ahli akademik yang berkaitan. Buku ini sesuai untuk bacaan umum bagi yang berminat mengetahui konsep penyelidikan dan penggunaannya dalam proses pemantauan prestasi atlet yang disandarkan kepada kaedah saintifik. Maklumat yang diberikan di dalam buku ini diharap dapat merapatkan jurang di antara kajian saintifik dan aplikasi sebenar dalam latihan suaian fizikal. Pemantauan Prestasi dan Penyelidikan dalam Latihan Kekuatan dan Suaian Fizikal adalah buku konsep yang akan membantu pembaca memahami asas proses penyelidikan, kaitan antara proses penyelidikan dan proses pemantauan latihan serta kaedah-kaedah saintifik yang boleh digunakan. Buku ini akan memberikan penerangan ringkas kaedah ujian bagi aspek mekanikal, hormonal, neural dan metabolik yang mempengaruhi prestasi latihan kekuatan dan suaian fizikal. 


Instructor Biography

Dr. Nur Ikhwan Mohamad adalah pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Selain itu, beliau juga seorang konsultan Majlis Sukan Negara, Ahli Lembaga Panel Penasihat Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Instruktor Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), Naib Presiden Persatuan Latihan Kekuatan dan Suaian Fizikal Malaysia (MSCA) dan Ketua Editor Jurnal Suaian Fizikal terbitan MSCA. Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dari Edith Cowan University pada tahun 2010 dalam bidang Sains Sukan dan mempunyai kepakaran dalam latihan kekuatan dan suaian fizikal.

Copyright © 2022 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.