image

Objektif pengajaran merupakan asas kepada pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang dirangka dengan baik, membolehkan anda mengenal pasti isi kandungan yang sesuai untuk pengajaran anda, mengatur pengajaran mengikut cara yang sebaik mungkin dan menyediakan alat bantu untuk memastikan dengan tepat sama ada pengajian yang dijalankan telah mencapai matlamatnya atau tidak. Buku ini merupakan panduan sistematik bagi mengenal pasti, memilih dan menulis objektif untuk pengajaran yang berkesan. 


Instructor Biography

Dr. Robert F. Mager merupakan seorang penulis yang hasil tulisannya sangat diminati dan paling berpengaruh dalam bidang latihan dan pendidikan pada hari ini. Lapan buah buku beliau tentang prestasi manusia telah diterjemahkan ke dalam 16 bahasa dan lebih daripada tiga juta buku  telah terjual di seluruh dunia. Beliau yang bekerja di dalam dan luar negara mempunyai pengalaman mengajar yang luas di peringkat industri dan universiti serta telah mengendalikan program penyelidikan pengajaran untuk beberapa buah syarikat.

 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.