image

Pendidikan Seni Visual dan Muzik ialah himpunan esei pilihan karya pensyarah­-pensyarah Fakulti Seni dan Muzik. Esei terpilih ini hasil daripada kajian dan penyelidikan pelbagai bidang Seni Visual dan Muzik. Pendidikan Seni Visual dan Muzik bukan sahaja merupakan mata pelajaran yang mementingkan bakat dan minat tetapi juga sebagai sumber ilmu yang dapat menjana dan membentuk insan yang bersifat penyayang, lemah lembut dan sopan santun yang memahami nilai estetik dan budaya orang lain. Tanpa nilai-nilai ini, manusia sering berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Nilai-nilai tersebut diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi hari ini.


Instructor Biography

Mohd Johari Ab. Hamid (editor) dilahirkan di Merbok, Kedah. Mendapat pendidikan di SK Bujang dan SK Kebangsaan Merbok (Pusat) sebelum ke sekolah SM Merbok. Beliau berkelulusan Sijil perguruan dari MPSI (1984), Sarjana Muda (Seni Halus) dari UiTM (1993) dan Sarjana dalam Pendidikan Seni dan Reka bentuk dari De Montford University, Leicester, UK/UiTM (1998). Selain berpengalaman dalam bidang pendidikan, beliau pernah berkhidmat dalam Angkatan Polis Diraja Malaysia. Kini, Mohd Johari Ab. Hamid bertugas sebagai pensyarah dalam bidang Sejarah Seni Tampak, dan Falsafah dan Kritikan Seni di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.