Coding di Sekolah: Panduan untuk Guru dan Pelajar
Buku “Coding di Sekolah: Panduan untuk Guru dan Pelajar” merupakan sebuah buku yang menterjemahkan hasil penyelidikan, pengalaman mengajar serta kajian literatur menjadi suatu panduan sistematik bagi guru dan pelajar dalam membina kemahiran pengaturcaraan. Di samping kemahiran mengajar dan belajar, kompetensi merupakan aspek terpenting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, buku ini ditulis dengan pendekatan yang mudah dan menyeluruh bagi membantu guru dan pelajar meningkatkan kompetensi mereka terhadap bidang coding atau pengaturcaraan. Kemahiran pengaturcaraan adalah keperluan mendesak negara bagi menempuh cabaran menjadi negara pengeluar pada masa hadapan. Oleh itu, pendedahan terhadap pengaturcaraan telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar di peringkat sekolah lagi. Kurangnya bahan-bahan rujukan yang membincangkan topik pengaturcaraan secara sistematik dan menyeluruh, khususnya bagi pelajar merupakan suatu kekangan. Hadirnya buku ini dengan penulisan dalam Bahasa Melayu akan dapat membantu mengatasi kekurangan ini. Dengan itu, buku ini harus dimiliki oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan lagi pemahaman dan kemahiran terhadap dunia pengaturcaraan.
Instructor Biography
Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali merupakan Profesor dalam bidang Multimedia di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berkelulusan PhD dalam bidang Multimedia lnstruksi dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia. Berpengalaman mengajar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Multimedia selama hampir 20 tahun. Minat penyelidikan, penyeliaan dan penulisan beliau adalah dalam bidang Multimedia, Pengajaran dan Pembelajaran Pengaturcaraan dan Teknologi Instruksi. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan hampir 100 karya dalam bentuk buku, bab dalam buku, jurnal dan prosiding dalam bidang Multimedia, Pengajaran dan Pembelajaran pengaturcaraan dan Teknologi Instruksi.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.