image

Pengajian al-Qur’an telah berkembang dengan pesat setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, hasil usaha para sahabat, tabi’in dan seterusnya sehinggalah ke hari ini. Kejayaan ini tidak akan berkembang dengan baik dan cemerlang menurut sejarahnya sekiranya tidak terdapat satu sistem pengajian yang rapi dan tersusun dilaksanakan. Pelbagai bentuk pengajian telah dilaksanakan untuk menjamin perkembangan ilmu al-Qur’an hingga ke hari ini. Buku ini merupakan satu usaha bagi membincangkan secara mendalam bagi pembaca awam, mahasiswa universiti dan pengkaji al-Qur’an tentang beberapa tajuk pengajian al-Qur’an. Tajuk-tajuk utama yang dibincangkan ialah sejarah perkembangan penulisan teks al-Qur’an, Rasm ‘Uthmani sebagai teks rasmi tulisan al-Qur’an, metodologi para mufassir (manahij al-mufassirin) dalam pentafsiran teks al-Qur’an, ikhtilaf dalam pentafsiran teks al-Qur’an, kisah-kisah israiliyyat dalam pentafsiran teks al-Qur’an, peranan al-Qira’at dalam pentafsiran teks al-Qur’an dan tajuk terakhir metodologi tafsir al-mawdu’i (tematik) dalam mentafsirkan teks al-Qur’an.


Instructor Biography

Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi merupakan Profesor Madya di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pengajian Tahfiz al-Qur’an dan al-Qira’at sejak 2007. Beliau berpendidikan awal di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qira’at Pulai Chondong Kelantan (1992-1998), seterusnya Diploma Darul Qur’an JAKIM (1999), Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan kepujian dari Universiti Malaya (2002), Sarjana Usuluddin dalam bidang Pengajian al-Qur’an Kontemporari (2005) dan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian al-Qur’an dan al-Qira’at dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2015). Selain itu, beliau juga memiliki Sijil Pemantapan Bahasa Arab dari Kuwait Universiti (2006). Bepengalaman dalam mengendali dan membimbing kursus dan bengkel berkaitan pendidikan tahfiz al-Qur’an, kemahiran al-Qur’an dan pengajian tafsir al-Qur’an. Beliau juga telah menghasilkan pelbagai buku, artikel ilmiah dan pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terutama dalam bidang pengajian al-Qur’an. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.