image

Pengenalan Kepada Kursus Online

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, keupayaan untuk berfikir secara dinamik, berkomunikasi dengan berkesan, dan menyelesaikan masalah dengan cekap adalah lebih penting berbanding sebelum ini. Namun, kebanyakan orang bergantung kepada teks dan lisan semata-mata, menjadikan penyampaian idea yang kompleks sukar difahami. Di sinilah keupayaan Visualization Through Feeehand (VTF) memainkan peranan penting.

Kursus berimpak tinggi ini direka khas untuk membantu anda menguasai keupayaan VTF (kemahiran melakar atau melukis pendekatan Design Thinking) untuk menyelesaikan masalah. Sama ada anda seorang profesional, pendidik, usahawan, atau inovator, penguasaan keupayaan VTF akan meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir, berkomunikasi, dan membuat keputusan dengan lebih pantas dan efektif. Begitu juga jika anda seorang ibu atau bapa dinamik, penguasaan VTF akan memberi kesan amat positif kepada anak-anak. Anda sendiri boleh melatih mereka menguasai keupayaan melukis ini untuk menjadikan mereka lebih bijak dan kreatif.

Mengapakah Kursus Ini Penting?

Kajian menunjukkan bahawa manusia memproses maklumat visual 60,000 kali lebih pantas daripada teks, yang bermakna satu lakaran boleh menjadi lebih berkuasa daripada seribu perkataan. Oleh itu anda perlu menguasai keupayaan melakar dan melukis untuk memastikan proses penyelesaian masalah menjadi lebih dinamik.

Kursus ini mengajar anda cara untuk menerjemahkan idea kepada format visual yang jelas, tersusun, menjadikan masalah yang kompleks lebih mudah difahami dan diselesaikan.

Apa yang Akan Anda Pelajari?

üBagaimana kemahiran melukis mempengaruhi proses berfikir - Fahami bagaimana otak memproses maklumat visual dan mengapa lakaran dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

  • Melakar untuk zahirkan idea – Kemahiran melukis penting untuk proses penyelesaian masalah.
  • Mengurai Kompleksiti – Kemahiran melukis boleh mempermudah, menyusun, dan menstrukturkan maklumat bagi membuat keputusan yang lebih baik.
  • Komunikasi Melalui Lukisan – Komunikasi visual spontan amat penting dalam memastikan informasi dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
  • Perantara penting dalam proses penyelesaian masalah – Kemahiran melukis mampu menjana diagrams atau apa jua lakaran untuk mempermudahkan proses visualisasi idea.
  • Dari Idea ke Tindakan – Hasil daripada lakaran atau lukisan mampu mengobjektifkan perkara-perkara yang sukar difahami melalui lisan atau teks.

Struktur Kursus: 3 Bahagian Utama

Kursus ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang akan membimbing peserta dalam memahami, menguasai, dan mengaplikasikan keupayaan Visualization Through Freehand (VTF) secara efektif.

Bahagian 1: Asas VTF (19 video demo) : Memperkenalkan prinsip asas VTF melalui video demonstrasi oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani. Peserta akan belajar tentang garisan, bentuk, struktur, dan susun atur visual yang menjadi asas komunikasi visual.

Bahagian 2: Teknik VTF (16 video demo) : Fokus pada teknik melakar yang sistematik menggunakan pendekatan yang dicadangkan oleh Dr Ruzaimi Mat Rani.

Bahagian 3: Aplikasi VTF (37 video demo) : Peserta akan menerapkan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar, seperti penyelesaian masalah, penyampaian idea, dan komunikasi profesional. 🚀

Bahagian 1: Asas Keupayaan Visualization Through Freehand (VTF)

Bahagian ini membawa anda ke dalam dunia Visualization Through Freehand (VTF), asas penting  dalam komunikasi visual spontan. Dr. Ruzaimi Mat Rani akan membimbing anda melalui 19 video demonstrasi eksklusif, menjelaskan teknik asas VTF dengan cara yang dinamik, mudah difahami, dan terus boleh dipraktikkan. Anda akan belajar bagaimana latihan ini membentuk asas komunikasi visual yang berkesan. Setiap video memberikan panduan langkah demi langkah, memastikan anda menguasai keupayaan melakar secara bebas untuk menyusun idea, menjelaskan konsep, dan menyelesaikan masalah dengan lebih jelas dan efektif. 🚀

Siapa Yang Patut Menyertai?

🔹 Pemimpin & Pengurus Perniagaan – Buat keputusan lebih baik dengan peta visual yang jelas.
🔹 Pendidik & Jurulatih – Permudahkan pembelajaran dengan teknik penceritaan visual yang berkesan.
🔹 Usahawan & Inovator – Penggunaan teknik visual untuk pembentangan idea dengan lebih meyakinkan.
🔹 Profesional Teknikal – Terangkan konsep yang kompleks dengan lebih jelas menggunakan visual.
🔹 Ibu Bapa Dinamik – Gunakan teknik visual untuk meningkatkan pembelajaran, kreativiti, dan penyelesaian masalah kepada anak-anak.

Format Kursus

Kursus online ini disampaikan melalui video demonstrasi interaktif, di mana peserta akan belajar secara visual bagaimana melakar idea, menyusun maklumat, dan menyelesaikan masalah menggunakan teknik Visualization Through Freehand (VTF). Setiap modul disertakan dengan latihan praktikal. ANDA hanya perlu menyediakan kertas A4 dan alat tulis. Ikuti penerangan Dr Ruzaimi Mat Rani dengan tekun dan buat latihan yang dicadangkan. Pastinya ANDA akan menguasai kemahiran melukis untuk menyelesaikan masalah.

Hasil yang Akan Anda Capai

Menjelang akhir kursus ini, anda akan memperoleh set kemahiran transformatif, cara baharu untuk berfikir, berkomunikasi, dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Anda akan memiliki keupayaan visual yang berkuasa untuk membolehkan anda berfikir secara dinamik dalam proses penyelesaian masalah.

🚀 Daftar Sekarang dan alami sendiri kuasa keupayaan Visualization Through Freehand (VTF) untuk proses penyelesaian masalah secara visual!


Goals/Objectives

Objektif Bahagian 1 ini adalah untuk memberi ilmu dan latihan praktikal asas melukis untuk Design Thinking. Sebanyak 19 video perlu ANDA ikuti dan latih untuk memastikan keupayaan asas Visualization Through Freehand (VTF) dikuasai secara optima. Ikuti video-video yang disediakan mengikut urutan no video yang telah disediakan. 

Video-video ini telah dihasilkan oleh Dr Ruzaimi Mat Rani yang mempunyai pengalaman luas melatih masyarakat mahir VTF. Tidak ada jalan pintas untuk menguasai keupayaan ini hanya dengan memahami ilmu VTF dan membuat latihan secara konsisten.

Nota : Keupayaan Visualization Through Freehand (VTF) yang dimajukan oleh Dr Ruzaimi Mat Rani. 

Instructor Biography

Dr. Ruzaimi Mat Rani merupakan pengasas kepada kursus-kursus seperti Visual Communication Through Freehand (VCTF), Visualization Through Freehand (VTF), Problem-Solving Through Design Thinking & VCTF. Beliau berpengalaman luas dalam melatih profesional, pendidik, dan organisasi untuk meningkatkan keupayaan berfikir dan menyampaikan idea secara visual. Beliau menekankan kepentingan kemahiran visual sebagai asas dalam penyelesaian masalah, kreativiti, dan inovasi. Dengan pelbagai penerbitan dan program latihan, Dr. Ruzaimi berusaha mengubah cara individu dan industri memahami serta menggunakan visual sebagai alat komunikasi yang berkesan. Melalui inisiatifnya, beliau berhasrat memperkasakan lebih ramai tenaga pengajar dan profesional dalam membangunkan keupayaan berfikir secara visual untuk masa depan. 

Reviews

  • image

    Drawzania

    Ibubapa, guru dan pelajar perlu menguasai keupayaan Visualization Through Freehand (VTF). Tak rugi langgan kursus online ni..

    21/03/2025 03:53:27

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.