BAHAGIAN 3 : Think, Draw, Solve Mastering Visualization for Effective Problem-Solving


Pengenalan Kepada Kursus Online
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, keupayaan untuk berfikir secara dinamik, berkomunikasi dengan berkesan, dan menyelesaikan masalah dengan cekap adalah lebih penting berbanding sebelum ini. Namun, kebanyakan orang bergantung kepada teks dan lisan semata-mata, menjadikan penyampaian idea yang kompleks sukar difahami. Di sinilah keupayaan Visualization Through Feeehand (VTF) memainkan peranan penting.
Kursus berimpak tinggi ini direka khas untuk membantu anda menguasai keupayaan VTF (kemahiran melakar atau melukis pendekatan Design Thinking) untuk menyelesaikan masalah. Sama ada anda seorang profesional, pendidik, usahawan, atau inovator, penguasaan keupayaan VTF akan meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir, berkomunikasi, dan membuat keputusan dengan lebih pantas dan efektif. Begitu juga jika anda seorang ibu atau bapa dinamik, penguasaan VTF akan memberi kesan amat positif kepada anak-anak. Anda sendiri boleh melatih mereka menguasai keupayaan melukis ini untuk menjadikan mereka lebih bijak dan kreatif.
Mengapakah Kursus Ini Penting?
Kajian menunjukkan bahawa manusia memproses maklumat visual 60,000 kali lebih pantas daripada teks, yang bermakna satu lakaran boleh menjadi lebih berkuasa daripada seribu perkataan. Oleh itu anda perlu menguasai keupayaan melakar dan melukis untuk memastikan proses penyelesaian masalah menjadi lebih dinamik.
Kursus ini mengajar anda cara untuk menerjemahkan idea kepada format visual yang jelas, tersusun, menjadikan masalah yang kompleks lebih mudah difahami dan diselesaikan.
Apa yang Akan Anda Pelajari?
üBagaimana kemahiran melukis mempengaruhi proses berfikir - Fahami bagaimana otak memproses maklumat visual dan mengapa lakaran dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
- Melakar untuk zahirkan idea – Kemahiran melukis penting untuk proses penyelesaian masalah.
- Mengurai Kompleksiti – Kemahiran melukis boleh mempermudah, menyusun, dan menstrukturkan maklumat bagi membuat keputusan yang lebih baik.
- Komunikasi Melalui Lukisan – Komunikasi visual spontan amat penting dalam memastikan informasi dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
- Perantara penting dalam proses penyelesaian masalah – Kemahiran melukis mampu menjana diagrams atau apa jua lakaran untuk mempermudahkan proses visualisasi idea.
- Dari Idea ke Tindakan – Hasil daripada lakaran atau lukisan mampu mengobjektifkan perkara-perkara yang sukar difahami melalui lisan atau teks.
Struktur Kursus: 3 Bahagian Utama
Kursus ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang akan membimbing peserta dalam memahami, menguasai, dan mengaplikasikan keupayaan Visualization Through Freehand (VTF) secara efektif.
✅ Bahagian 1: Asas VTF (19 video demo) : Memperkenalkan prinsip asas VTF melalui video demonstrasi oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani. Peserta akan belajar tentang garisan, bentuk, struktur, dan susun atur visual yang menjadi asas komunikasi visual.
✅ Bahagian 2: Teknik VTF (16 video demo) : Fokus pada teknik melakar yang sistematik menggunakan pendekatan yang dicadangkan oleh Dr Ruzaimi Mat Rani.
✅ Bahagian 3: Aplikasi VTF (37 video demo) : Peserta akan menerapkan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar, seperti penyelesaian masalah, penyampaian idea, dan komunikasi profesional. 🚀
Bahagian 3: Aplikasi Keupayaan Visualization Through Freehand (VTF)
Aplikasi Visualization Through Freehand (VTF) meliputi pelbagai bidang, termasuk pendidikan, perniagaan, dan reka bentuk. Dalam pendidikan, VTF membantu guru menerangkan konsep abstrak dengan lebih jelas melalui lakaran spontan, meningkatkan pemahaman pelajar. Dalam perniagaan, ia digunakan untuk brainstorming, strategi pemasaran, dan penyelesaian masalah secara visual. Dalam reka bentuk, VTF mempercepatkan proses idea dan prototaip sebelum menghasilkan konsep akhir. Teknik ini juga berkesan dalam komunikasi profesional, membolehkan idea disampaikan dengan cepat dan berkesan. Dengan menggabungkan elemen seperti Kotak Imaginasi dan O.U.C (Observe, Understand, Create), VTF menjadi alat penting dalam meningkatkan daya fikir untuk Design Thinking.
Siapa Yang Patut Menyertai?
🔹 Pemimpin & Pengurus Perniagaan – Buat keputusan lebih baik dengan peta visual yang jelas.
🔹 Pendidik & Jurulatih – Permudahkan pembelajaran dengan teknik penceritaan visual yang berkesan.
🔹 Usahawan & Inovator – Penggunaan teknik visual untuk pembentangan idea dengan lebih meyakinkan.
🔹 Profesional Teknikal – Terangkan konsep yang kompleks dengan lebih jelas menggunakan visual.
🔹 Ibu Bapa Dinamik – Gunakan teknik visual untuk meningkatkan pembelajaran, kreativiti, dan penyelesaian masalah kepada anak-anak.
Format Kursus
Kursus online ini disampaikan melalui video demonstrasi interaktif, di mana peserta akan belajar secara visual bagaimana melakar idea, menyusun maklumat, dan menyelesaikan masalah menggunakan teknik Visualization Through Freehand (VTF). Setiap modul disertakan dengan latihan praktikal. ANDA hanya perlu menyediakan kertas A4 dan alat tulis. Ikuti penerangan Dr Ruzaimi Mat Rani dengan tekun dan buat latihan yang dicadangkan. Pastinya ANDA akan menguasai kemahiran melukis untuk menyelesaikan masalah.
Hasil yang Akan Anda Capai
Menjelang akhir kursus ini, anda akan memperoleh set kemahiran transformatif, cara baharu untuk berfikir, berkomunikasi, dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Anda akan memiliki keupayaan visual yang berkuasa untuk membolehkan anda berfikir secara dinamik dalam proses penyelesaian masalah.
🚀 Daftar Sekarang dan alami sendiri kuasa keupayaan Visualization Through Freehand (VTF) untuk proses penyelesaian masalah secara visual!
Goals/Objectives
Tiga Objektif Aplikasi Visualization Through Freehand (VTF):
-
Mempermudah Penyampaian Idea : Membantu dalam menerangkan konsep yang kompleks dengan lebih jelas dan berkesan melalui visual, mengurangkan kekeliruan dalam komunikasi.
-
Meningkatkan Kreativiti dan Inovasi : Menggalakkan pemikiran visual yang fleksibel dan spontan, membolehkan individu meneroka pelbagai penyelesaian kreatif dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan, dan reka bentuk.
-
Mempercepat Proses Pemikiran dan Keputusan : Memudahkan brainstorming, perancangan strategi, dan penyelesaian masalah secara visual, mempercepatkan pemahaman serta tindakan dalam sesuatu projek atau situasi.
Instructor Biography
Dr. Ruzaimi Mat Rani ialah mempunyai pengalaman luas dalam Visual Communication Through Freehand (VCTF) dan Design Thinking, dengan pengalaman luas dalam melatih profesional, pendidik, dan organisasi untuk meningkatkan keupayaan berfikir dan menyampaikan idea secara visual. Beliau menekankan kepentingan kemahiran visual sebagai asas dalam penyelesaian masalah, kreativiti, dan inovasi. Dengan pelbagai penerbitan dan program latihan, Dr. Ruzaimi berusaha mengubah cara individu dan industri memahami serta menggunakan visual sebagai alat komunikasi yang berkesan. Melalui inisiatifnya, beliau berhasrat memperkasakan lebih ramai tenaga pengajar dan profesional dalam membangunkan keupayaan berfikir secara visual untuk masa depan.
Related Courses
Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.