image

Isi kandungan buku ini berhubung dengan pengenalan asas seni visual. Antaranya ialah elemen asas seni visual iaitu Unsur-Unsur Seni Visual, Prinsip-Prinsip Rekaan dan Lakaran Asas. Pendekatan yang disampaikan oleh penulis agak ringkas dan menarik.

Bagi memudahkan rujukan pembaca, penulis menyediakan gambar-gambar dan ilustrasi yang menarik. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman para pembaca untuk mengikuti isi kandungan buku ini dengan lebih berkesan lagi. Berdasarkan penyelidikan dan maklum balas yang diperolehi, penulis berpendapat pembaca sewajarnya didedahkan dengan perkara-perkara Asas Seni Visual terlebih dahulu sebelum menerokai dan mengetahui dunia seni visual dengan lebih mendalam lagi.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi para pelajar seni khususnya sekolah menengah, kolej, maktab, universiti, guru pendidikan seni visual, pelukis dan peminat seni. Semoga pembaca agar menghayati isi kandungan buku ini dengan jayanya. Diharapkan buku ini juga dapat dijadikan sumber rujukan terpenting serta dapat menambahkan lagi khazanah seni lukis negara. Seterusnya dapat menyumbang ke arah memartabatkan lagi seni lukis tanah air. 


Instructor Biography

Mohd Johari Ab. Hamid atau nama pena Mohadry A.H, dilahirkan di Kg. Simpang Tiga Pasir, Merbok, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bujang (1963-66) dan Sekolah Kebangsaan Merbok (Pusat) (1966-68). Kemudian ke Sekolah Menengah Merbok (1969-75). Pernah berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (1977-82). Kemudian menyambung pendidikan dalam bidang Pendidikan Seni Visual di MPSI (1982-84). Mendapat Ijazah Sarjana Muda (Fine Art) (1993) di UiTM. Kemudian memperoleh M.A. (Art and Design Education) dari De Montford University, Leicester, UK/UiTM (1998). Meneruskan pengajian hingga ke peringkat Ph.D. di UiTM, Shah Alam (2000-2008). Mula menceburi bidang penulisan sastera dan budaya sejak tahun 1973. Menulis cerpen, puisi, drama TV, drama radio dan novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Menulis artikel untuk pelbagai majalah dan akhbar tempatan. Aktif menulis dan membentang kertas kerja yang berkaitan dengan sejarah seni, kritikan seni tampak Malaysia di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara buku seni yang telah dihasilkannya ialah Asas Seni Visual, Falsafah dan Kritikan Seni, Pendidikan Seni Visual. Beliau telah dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1997. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.