image

Buku ini ditulis untuk pelajar-pelajar universiti yang mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan sistem maklumat geografi. Buku ini menyentuh secara langsung pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk membina suatu aplikasi sistem GIS yang boleh diaplikasikan kepada pelbagai bidang kajian yang diingini kerana mempunyai struktur pembangunan sistem yang boleh diubah suai untuk semua aplikasi GIS.


Instructor Biography

Nasir Nayan berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Jabatan Geografi, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau berpengalaman dalam pembangunan sistem maklumat geografi di pelbagai agensi peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau berpengalaman mengaplikasikan GIS dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, sumber semula jadi, perancangan dan telekomunikasi. Beliau turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan sistem maklumat geografi, penderiaan jauh, geografi fizikal dan biogeografi. Antara penerbitan beliau adalah buku Isu-isu dan Pengurusan Alam Sekitar Fizikal, Sistem Maklumat Geografi dalam Perancangan Pembuatan Keputusan Perniagaan dan Persekitaran Sistem Maklumat Geografi

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.