Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid)
Buku ini membincangkan suatu kerangka teori tentang falsafah bahasa. Teori yang diketengahkan ini adalah hasil pemurnian daripada Model Falsafah Bahasa yang dikemukakan penulis pada tahun 2007 untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah ketika itu. Teori ini juga dinamai Teori Rashid kerana perbincangan tentang teori ini adalah selari dengan makna perkataan Rashid dalam bahasa Arab, iaitu petunjuk ke arah jalan yang lurus. Ringkasnya, teori ini akan membicarakan dua persoalan penting, iaitu pertama, persoalan huraian rajah Teori Falsafah Bahasa dan keduanya, persoalan tiga prinsip yang terkandung dalam teori ini.
Perbincangan tentang Teori Falsafah Bahasa telah dapat menyelesaikan beberapa persoalan asas yang berhubung kait dengan kajian bahasa dan kajian falsafah. Apatah lagi kajian dalam bidang ini amat kurang diterokai oleh para sarjana tempatan kecuali yang dilakukan oleh pemuka-pemuka awal seperti Syed Muhamad Naquib, Hashim Hj.Musa, Asmah Hj. Omar dan Awang Sariyan. Namun begitu, pemuka-pemuka ini tidak pernah mengemukakan teori peribadi dalam bidang falsafah bahasa. Atas kesedaran ini, selaku anak murid kepada pemuka-pemuka di atas, maka difikirkan perlu tindakan yang lebih proaktif untuk terus memperkembang bidang falsafah bahasa di tanah air dengan mengemukakan suatu teori yang boleh menjadi pegangan asas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang ini.
Instructor Biography
Mohd Rashid Md Idris dilahirkan di Kuala Selangor, Selangor. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya. Beliau banyak membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga banyak menghasilkan buku ilmiah seperti Analisis Wacana Cerpen dari Struktur Maklumat dan Struktur Tema (2004), Monograf Bahasa Melayu - Jilid 1 dan Jilid 2 (2004 dan 2007), Falsafah Pendidikan Bahasa (2010), Nilai Melayu dalam Pantun (2011), Tatabahasa Wacana (2011) dan Analisis Wacana (2011).
Average Rating
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.