image

Pendidikan Seks: Suatu Perspektif Sosial adalah sebuah buku yang secara khusus membicarakan pendidikan seks dalam konteks Malaysia. Pendidikan Seks sebenarnya telah menjadi suatu isu yang kontroversi dalam masyarakat. Sementara terdapat pihak-pihak yang melobi untuk memperkenalkan pendidikan seks, terdapat pula pihak-pihak yang menentangnya. Pelbagai alasan telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama, fenomena-fenomena sosial moden termasuklah isu-isu berkaitan seksual yang dianggap masalah terus melanda masyarakat. Seringkali pula generasi muda yang dikaitkan dengan masalah-masalah sosial berkenaan. Apakah penghalang kepada pendidikan seks, mengapakah ia perlu, apakah kandungannya dan bagaimana pelaksanaanya adalah antara perkara-perkara yang dihalusi dalam buku ini. Dalam penulisannya, penulis telah meniliti pendidikan seks adalah pelbagai perspektif, seperti daripada sudut agama, pandangan sekular, kenyataan pihak berkuasa dan situasi golongan remaja. Analisis adalah juga berpandukan kajian-kajian persepsi remaja yang telah dilakukan oleh penulis. Penyampaian diselitkan dengan unsur-unsur interaktif yang merangsang minda. Di akhir buku, penulis telah cuba merumuskan suatu kerangka pendidikan seks yang difikirkan sesuai dalam konteks masyarakat Malaysia.


Instructor Biography

Amir Hasan Dawi menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Abdullah, Teluk Intan dan Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur. Beliau berkelulusan akademik Ijazah Sarjana dari Institute of Education, University of London dan Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sosiologi Pendidikan. Dari segi profesion perguruan, beliau memiliki Diploma Pendidikan dalam bidang Sejarah dan Kewarganegaraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengajar di kolej swasta, sekolah kerajaan, maktab perguruan dan universiti. Beliau juga melakukan penyelidikan, menulis dan membentang kertas kerja berkaitan teori sosiologi, pendidikan, hubungan etnik, etnografi dan fenomena sosial. Kini beliau merupakan Pensyarah Kanan dalam bidang Sosiologi Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.