product-view

Kuasai Rumus Algebra 3

Category :  Videos
Publisher :  Mohamad Nur Hidayat
( 1618 )

$ 4.14

Description

Adakah pencapaian matematik anda masih tidak memuaskan? Jika ya jawapanya, anda perlu lihat kembali asas Matematik anda dahulu. Apa itu asas matematik? Asas matematik melibatkan penguasaan terhadap Asas Algebra. Asas Algebra merupakan asas yang sangat penting sekali untuk anda lulus cemerlang matematik peringkat menengah. Dalam modul ini, anda akan pelajari lima (5) asas utama Algebra yang melibatkan Ungkapan algebra, pemboleh ubah, pengfaktoran, persamaan, permudahkan dan lain-lain lagi.

Terdapat sebanyak 6 buah video pembelajaran algebra.


Goals/Objectives

Memberi harapan dan keyakinan baru kepada pelajar untuk mendapat A+ dalam Matematik melalui pendedahan cara menjawab soalan-soalan dengan menggunakan teknik dan formula yang dijamin mudah dan senang untuk diaplikasikan dalam soalan.

Instructor Biography

Cikgu Hidayat merupakan seoarang pelajar yang cemerlang akademik suatu ketika dahulu. Beliau juga di kenali sebagai "High Achiever" dan memperoleh Straight A dalam SPM. Beliau juga telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di Program Matrikulasinya di Tangkak, Johor dengan memperoleh 4 Flat untuk dua semester berturut-turut dan beliau juga mendapat kelas Pertama semasa Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Cikgu Hidayat juga telah menubuhkan sebuah Pusat Tuisyen di Kluang, Johor bagi membantu pelajar setempat meningkatkan pencapaian mereka. Beliau juga sedang berkhidmat di Pusat Tuisyen Prodigi dan mengajar mata pelajaram matematik dan matematik tambahan sebagai bidang kepakaran beliau. Beliau kini berpengalaman 7 tahun sebagai personal tutor matematik tambahan.

Copyright © 2020 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.