image

Satu gambaran umum yang diberi tentang Malaysia ialah sebuah negara pelbagai kaum. Ungkapan "pelbagai kaum" dalam fikiran kebanyakan orang yang merujuk kepada adanya suku kaum Melayu, Cina, India, Arab, Thai dan Serani. Sebenarnya ciri kepelbagaian pada rakyat Malaysia itu juga bersumber daripada alam Melayu sendiri. Dalam kalangan bumiputera sahaja terdapat puluhan suku kaum yang sebahagian besarnya bermastautin di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia masih terdapat sejumlah besar suku kaum Orang Asli, yang masing-masing merupakan kumpulan etnik tersendiri dengan bahasa dan adat, yang berbeza dengan kumpulan etnik yang lain. Perbincangan mengaitkan bidang bahasa dengan budaya, seni dengan sistem kepercayaan, budi bahasa dan etas, sekarang dengan perkembangan ekonomi, sejarah penempatan dan sikap sesuatu bangsa dapat memberi gambaran dan pemahaman lebih luas tentang aspek-aspek tertentu dalam kehidupan pelbagai komuniti dalam Rumpun Melayu.


Instructor Biography

Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar ialah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.

Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.

Lahir pada 5 Mac 1940 di Jitra dari sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi. Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'. Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.