image

Metodologi Pendidikan Seni Visual merupakan himpunan penulisan ilmiah terpilih daripada penyelidik dan pensyarah yang berkaitan dengan bidang dan kepakaran masing-masing. Penulisan menyentuh pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, kepentingan pengajaran Pendidikan Seni Visual, selain membincangkan nilai-nilai estetika, aspek kreativiti, kritikan dan apresiasi, seni dan emosi, adunan warna, dan seni kraf tangan dalam Pendidikan Seni Visual itu. Untuk memudahkan rujukan, penyampaian yang ringkas dan padat dengan dibantu oleh ilustrasi menarik akan meningkatkan lagi kefahaman para pembaca. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada para guru Pendidikan Seni Visual, pelukis dan peminat seni. Selain itu dapat dijadikan sumber rujukan penting serta dapat menambahkan lagi khazanah Pendidikan Seni Visual.


Instructor Biography

Mohd Johari Ab. Hamid atau nama pena Mohadry A.H mendapat pendidikan awal di Kedah dan pemah berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia. Beliau menyambung pendidikan dalam bidang Pendidikan Seni Visual di MPSI pada tahun 1982-84. Lulus ljazah Sarjana Muda (Fine Art) pada tahun 1993 di UiTM, M.A. (Art and Design Education) dari De Montford University, Leicester, UK/UiTM dan kini melanjutkan pelajaran peringkat PhD dalam bidang Art Criticism in Malaysia di UiTM, Shah Alam. Antara karya beliau adalah Falsafah dan Kritikan Seni, Pendidikan Seni Visual dan Muzik, dan Asas Seni Visual. Beliau aktif menulis dan membentang kertas kerja yang berkaitan dengan apresiasi dan kritikan seni tampak Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pensyarah dalam bidang Falsafah dan Kritikan Seni, dan Sejarah Seni Tampak di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini juga adalah Editor Jurnal FASSA. Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.