image

Buku ini adalah kajian mengenai kaedah terjemahan kreatif, lapan bab pertamanya membincangkan terjemahan pelbagai genre sastera. Bagi bab kesembilan pula, pengarang mengemukakan pendekatan penterjemahan teks sastera. Dalam buku tersebut, beliau mengemukakan pelbagai model terjemahan teks sastera dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan membandingkannya berdasarkan peraturan kawalan yang inovatif. Justeru, buku ini merupakan satu penyelidikan unik dalam ilmu baharu yang dicadangkan oleh penulis iaitu “ilmu terjemahan perbandingan”.


Instructor Biography

Dr Aref Karkhi Abu Khudairi, seorang Profesor Madya dalam bidang Kesusasteraan Arab, beliau pernah bekerja di universiti Korea, Malaysia, Amerika, Brunei dan pernah menjawat jawatan sebagai dekan di Jabatan Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali di Brunei. Beliau telah mengarang banyak buku dan penyelidikan dalam kesusasteraan, terjemahan, pendidikan, linguistik dan kritikan sastera. Puisi dan cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Urdu, Melayu, Arab, Sepanyol dan Inggeris, beliau menterjemah koleksi puisi daripada Bahasa Melayu, Korea, Inggeris dan Perancis. Beliau juga merupakan pengasas serta ketua pengarang Jurnal Pengajian Arab di Brunei sejak tahun 1990. Biografinya dipilih dalam Ensiklopedia Penterjemah Terkenal dan Saintis Konvensional Antarabangsa (Britain, 1994), Ensiklopedia Penyair Dunia (Amerika, 2005) dan Diwan Puisi Antarabangsa (Sepanyol, 2010).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.