image

Buku Pengenalan Kimia Organik ini diperlukan oleh pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan topik ini pada peringkat tahun satu di universiti. Mengandungi sebelas bab dan membincangkan mengenai konsep-konsep asas serta memperkenalkan pelbagai sebatian organik yang perlu dikuasai oleh semua pelajar kimia berkenaan dengan topik kimia organik. Dalam bab 3 pelajar diperkenalkan topik mengenai stereokimia sebatian organik dan penulisannya ditulis dengan terancang supaya pelajar boleh memahami topik ini dengan mudah. Selain itu, buku ini telah memberi satu penerangan yang mantap untuk pelajar memahami pelbagai tidak balas kimia organik yang dipelajari. Beberapa mekanisme tindak balas organik dipekenalkan dan diperancangkan dengan berkesan untuk mengukuhkan kefahaman asas dalam bidang ini.


Instructor Biography

Mustaffa bin Ahmad, mendapat pendidikan awalnya di SRJK (Inggeris) Semenyih, Kajang, Selangor, kemudian menyambung pelajaran di Kajang High School dan Sekolah Menengah Teknik, Jalan Cheras; Kuala Lumpur. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dari Universiti Malaya Kuala Lumpur (1981), Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis) dari Universiti Sains Malaysia (1990) dan Ijazah Doktor Falsafah (Kimia Organologam) dari University of Leeds, England (1995). Mustaffa bin Ahmad memulakan kerjayanya sebagai instruktor di Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia pada tahun 1981. Beliau bertugas sebagai pensyarah kursus Kimia Koordinatan selama tujuh tahun di universiti yang sama sebelum berkhidmat di Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak dari tahun 2002 hingga kini.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.