image

Buku Analisis Data dan Pelaporan dalam Penyelidikan Pendidikan menyediakan satu pilihan sumber rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi dalam proses menganalisis data dan menyediakan satu laporan penyelidikan. Bahagian pertama buku ini menerangkan konsep asas yang perlu diketahui oleh pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Bahagian yang berikutnya menerangkan bagaimana data kuantitatif yang dikumpulkan oleh penyelidik boleh disimpan dan dianalisis dengan bantuan program SPSS. Tajuk-tajuk buku ini disusun dengan kaedah pelaporan bagi memudahkan pemahaman pelajar terhadap data penyelidikan. Isi kandungan boleh memberi panduan bagaimana data disemak, ditransformasikan, dikodkan semula dan membuat rumusan. Pelajar boleh memilih analisis data yang sesuai untuk memproses data dan menjawab soalan kajian masing-masing. Isi kandungan disusun bermula daripada asas statistik yang mudah iaitu, statistik deskriptif sehingga kepada analisis regresi. Seterusnya, buku ini juga menyediakan maklumat bagaimana bentuk laporan yang boleh ditulis sebagai panduan bagi menyiapkan penyelidikan kuantitatif. Ini termasuklah contoh-contoh bagaimana objektif, soalan kajian dan hipotesis kajian yang boleh dibina, analisis yang sesuai dan bagaimana laporan boleh disediakan. Bahagian terakhir dalam buku ini pula memberikan pendedahan ringkas mengenai konsep asas dalam penyelidikan kualitatif.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr. Ramlee Ismail merupakan pensyarah dari Jabatan Ekonomi. Beliau berpengalaman luas dalam bidang Pendidikan dan mengajar kaedah penyelidikan, statistik gunaan seta kursus-kursus pendidikan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Penulis juga menerbitkan modul dalam analisis data kuantitatif, analisis data dengan menggunakan SPSS dan buku kaedah mengajar Ekonomi. Penulis juga berpengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran di peringkat jabatan, fakulti dan universiti khususnya di peringkat pascasiswazah. Pengalaman ini membantu penulis untuk menerbitkan buku analisis data kuantitatif dalam bentuk yang mudah difahami bagi membantu pelajar menganalisis data penyelidikan.

Profesor Madya Dr. Jamal @ Nordin Yunus merupakan pensyarah di Jabatan Pengurusan Pendidikan.Beliau berpengalaman dalam bidang pengurusan, kaedah penyelidikan dan analisis data. Beliau mengajar kursus pengurusan dan pentadbiran pendidikan, dasar dan falsafah, kaedah penyelidikan pendidikan dan statistik gunaan di peringkat sarjana dan Doktor Pendidikan. Penulis juga menerbitkan beberapa buah buku lain seperti Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Modul Pemikiran Kritis & Kreatif dan Modul Pengantar Pengurusan. Beliau juga banyak menyelia tesis Phd/EdD dan panel pemeriksa tesis dari Universiti awam yang lain.

Profesor Madya Dr. Marinah Awang merupakan pensyarah dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Bidang utama beliau ialan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia yang berfokus kepada bidang Pengurusan Pengetahuan, Organisasi Pembelajaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko. Beliau mengajar kursus-kursus seperti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Perundangan dalam Pendidikan, Pengurusan Sumber Manusia dan Penyelidikan Kualitatif di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah. Beliau juga terlibat dalam penulisan Modul Pengantar Pengurusan dan Buku Pemikiran Kritis dan Kreatif.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.