Teater Forum dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Moral
Kajian aspek pedagogi dalam Pendidikan Moral terus dilaksanakan kerana elemen pedagogi dalam pendidikan menjadi tonggak untuk melahirkan insan yang memiliki kekuatan swadaya dari aspek fizikal dan mental. Justeru, buku Teater Forum dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Moral ialah buku yang dihasilkan berdasarkan kajian yang menggabungkan disiplin ilmu teater dan bidang Pendidikan Moral. Buku ini membincangkan salah satu cabang seni teater iaitu Teater Forum yang digunakan sebagai wahana pedagogi dalam pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Moral di sekolah dan universiti. Teater Forum yang berteraskan Pedagogi Kritis menjadi pedagogi yang wajar kerana kaedah ini berteraskan konsep pedagogi progresif yang dapat merealisasikan konsep didik-hibur. Selain itu, teater interaktif ini bercirikan student-centric, aktif dan transformatif. Teater Forum mampu memenuhi kehendak massa untuk melahirkan sumber manusia yang berilmu, berakhlak, kreatif dan inovatif dalam mendepani cabaran abad ke-21. Semoga buku ini mampu menjadi sumber rujukan yang berguna kepada pelajar, guru, pensyarah dan ibu bapa yang mahu menggunakan Teater Forum sebagai kaedah instruksional untuk menyoroti masalah sosial, menyelesaikan dilema moral atau konflik moral secara bersahaja dan santai.
Instructor Biography
Dr Nadarajan Thambu merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau mengajar kursus Psikologi Perkembangan Moral, Kaedah Penyelidikan Moral, Pengajaran, Pentaksiran dan Teknologi Pendidikan Moral untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Moral (ISMP). Beliau memperoleh ljazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Moral dari Universiti Malaya. Berpengalaman mengajar subjek Pendidikan Moral di SMK Beauford II, Sabah, SMK Telok Panglima Garang dan di SMK Rantau Panjang, Selangor sebagai Ketua Panitia mata pelajaran serta Guru Cemerlang Pendidikan Moral sebelum menyambung perkhidmatan di UPSI. Memiliki kepakaran kajian berkaitan aspek pedagogi dalam Pendidikan Moral seperti penggunaan teknik drama, Teater Forum, unsur KBAT, unsur kecerdasan pelbagai dan pendekatan pembelajaran teradun. Beliau turut menulis buku, artikel jurnal dan membentangkan kertas kerja berkaitan Pendidikan Moral di dalam dan luar negara.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.