image

Buku ini memberi tumpuan kepada perbincangan tentang pembinaan soal selidik Rubrik Dua Lapis. Perbincangan dimulakan asas kepada pembinaan soal selidik ini iaitu berlatarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Isu-isu yang berkaitan PBS disentuh bagi memberi gambaran kepada pembaca supaya pembaca lebih terarah. Pemilihan konstruk ditunjukkan dalam kerangka konseptual agar pembaca dapat menjejaki penulisan penulis sepanjang perbincangan tentang pembinaan soal selidik rubrik dua baris. Bermula dengan membina item dari literatur, menamakan item, memasukkan item dalam SPSS, menganalisis sehingga membuat pelaporan dibincangkan secara mendalam di dalam buku ini. Selain itu, buku ini boleh digunakan oleh penyelidik sebagai alternatif kepada soal selidik yang sedia ada.


Instructor Biography

Profesor Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian dari UPM (1981), Sarjana Pendidikan (Pengukuran, Penilaian dan Penyeliaan, 1995) dan Falsafah Kedoktoran (Penyelidikan dan Penilaian Amalan Pendidikan, 1998) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Profesor Penilaian dan Pendidikan Penilaian di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia UPSI. Beliau berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang penyelidikan pendidikan, pengujian, pengukuran dan penilaian perancangan, pentadbiran penyeliaan dan pengajaran (sekolah, kolej dan universiti). Kepentingan kajian beliau terletak penyelidikan polisi, penyelidikan eksperimen, penyelidikan eksploratori dan program penilaian.

Dr Noorzeliana Idris memulakan kerjaya sebagai seorang guru setelah menamatkan kursus perguruan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada tahun 1994-1997. Beliau menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik di UPSI (2000-2003) dan meneruskan profesion mengajar di sekolah menengah. Pada tahun 2009 hingga 2011, beliau mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Matematik di UKM dan meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pengukuran dan Penilaian di UPSI. Penulis juga ada menulis dalam beberapa jurnal berkaitan pembinaan instrumen dan membentangkannya di beberapa seminar. Sekarang penulis berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.