image

Pelbagai aspek kesantunan yang menyeluruh dalam hanya satu peristiwa bahasa, iaitu majlis pertunangan menjadi keistimewaan dalam judul ini. Para pembaca bukan sahaja mendapat ilmu tentang bidang kesantunan, malahan turut mendalami majlis pertunangan yang menjadi agenda penting dalam keluarga Melayu.

Sehubungan itu, penulisan ini bermanfaat kepada mereka yang berhasrat untuk mencungkil dan memahami bidang kesantunan malah penulisan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui atur cara dan pelaksanaan majlis pertunangan.

Para pelajar institusi pengajian tinggi, terutamanya pelajar dalam bidang sosiolinguistik dan sosiobudaya, masyarakat umum yang ingin mengetahui kesantunan orang Melayu dan pelbagai aspek berhubung dengan majlis pertunangan boleh merujuk Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan sebagai bahan rujukan.


Instructor Biography

Noriati A.Rashid anak kelahiran Taiping, Perak memperoleh semua ijazahnya dari ljazah Sarjana Muda Diploma Pendidikan, Sarjana Pendidikan hingga ljazah Kedoktoran daripada Universiti Malaya. Beliau berkepakaran luas dalam perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu dan terlibat melatih guru-guru praperkhidmatan. Bekas guru Bahasa Melayu, guru Geografi dan pensyarah di lnstitut Bahasa Melayu Malaysia ini pernah menjawat jawatan Penolong Pengarah di Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Putrajaya dan kini adalah Pengarah Pusat Pembangunan Akademik lnstitut Pendidikan Guru Malaysia.

Beberapa artikelnya pernah tersiar dalam jurnal akademik dan beliau pernah membentangkan kertas kerja berhubung dengan "Kesantunan Orang Melayu" di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Kajiannya tentang "Kesantunan Orang Melayu" memaparkan pelbagai aspek kesantunan dalam kehidupan orang Melayu yang tidak hanya terbatas dalam kesantunan, berbahasa semata-mata malah kesantunan orang Melayu banyak terpancar dalam perlakuan bukan verbal. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.