image

Buku ini mengandungi kumpulan perbincangan yang merangkumi tema pembentukan kesusasteraan Melayu moden. Di dalamnya mengandungi pembinaan sastera, tradisi dan proses pemodenan serta penulisan dan institusi sastera. Dalam pembinaan sastera disentuh secara teori tentang pembentukan kesusasteraan Malaysia moden. Selanjutnya, dibincangkan proses pemodenan yang dilalui oleh kesusasteraan Melayu dan terakhir ditunjukkan peranan institusi kesusasteraan dan corak pelukisan yang timbul daripadanya. Buku ini amat berguna untuk kepustakaan kesusasteraan Melayu moden dan perlu dimiliki pengkaji pasca siswazah, mahasiswa dan pelajar sekolah serta orang awam yang ingin mengetahui hakikat kesusasteraan Malaysia moden. Banyak penemuan dan idea bernas mengenai kesusasteraan Melayu moden yang akan anda temui di dalamnya.


Instructor Biography

A. Wahab Ali merupakan seorang Profesor Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, mempunyai pengalaman lebih tiga dekad sebagai pengkaji dan mahaguru kesusasteraan Melayu moden. Sebelum ini, beliau menjadi Profesor di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Kursi Pengajian Melayu, Universiti Leiden, The Netherlands dan Fellow in Writing, The University of Iowa, U.S. Beliau juga pemenang anugerah SEA Write Award 1994.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.