image

Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca tentang Pendidikan Sains Pada Era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Buku ini memperkenalkan kepada sumber pengajaran Sains dalam pelbagai bentuk pendekatan pengajaran untuk membantu pembaca merancang pengajaran konsep sains yang efektif dalam bilik darjah di samping mendapatkan maklum balas kepada keperluan pengetahuan dan minat murid. Buku ini ditulis oleh penulis yang yang berpengalaman dan berlatabelakangkan pendidikan dalam pengkhususan pendidikan sains. Bahasa yang digunakan dalam buku ini mudah difahami dengan gaya persembahan yang ringkas dan padat agar dapat meningkatkan tahap kefahaman dan minat pembaca terhadap pendidikan sains. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan utama, khususnya kepada warga pelajar dan pendidik yang ingin memahami peranan pendidikan Sains dalam memenuhi keperluan IR 4.0.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr Norazilawati Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1980 di Tanah Merah, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.  manakala pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dari peringkat matrikulasi. Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Pendidikan Sains. Beliau sekarang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Sebelum ini beliau merupakan seorang guru Sains dan Biologi di SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur. Sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI, beliau mengajar kursus-kursus profesional pendidikan dan berjaya mengraduatkan ramai pelajar dari peringkat diploma hinggalah PhD. Beliau juga sangat aktif dan giat menjalankan penyelidikan konvensional serta kajian tindakan yang menyumbang kepada pendidikan di Malaysia. Beliau banyak menulis buku dan artikel jurnal berimpak tinggi berkenaan dengan pendidikan Sains dan banyak karya-karya beliau disiarkan dalam akhbar dan majalah. Hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan, selain menjadi guru dan pensyarah, beliau juga pernah menyandang jawatan Penyelaras Pendidikan Sekolah Rendah, Penyelaras Penerbitan dan terkini Timbalan Pengarah di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC, UPSI). 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.