image

Pembelajaran Teradun mengintegrasikan mod pembelajaran bersemuka di bilik darjah dengan mod pembelajaran secara maya dalam talian. Pengintegrasian ini seharusnya dilakukan secara adil yang mana kedua-dua mod pembelajaran tersebut benar-benar menyokong dan meningkatkan pembelajaran pelajar secara keseluruhan bagi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang koheren dan bermakna. Oleh itu, aktiviti PdPc yang dirancang mestilah dirancang dengan teliti berasaskan prinsip pedagogi yang relevan. Kekuatan kedua-dua mod pembelajaran perlu diambil kira apabila merancang aktiviti Pembelajaran Teradun supaya kekuatan masing-masing adalah saling melengkapi.

Walau bagaimanapun, fokus buku ini adalah lebih kepada komponen pelaksanaan mod pembelajaran dalam talian. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang pesat masa kini, terdapat pelbagai cara pengendalian mod pembelajaran dalam talian yang boleh dilaksanakan dan sumber yang boleh digunakan yang sentiasa mengalami perubahan, penambahan, penambahbaikan, dan kepelbagaian. Oleh itu, buku ini seboleh-bolehnya cuba memanfaatkan dan mempergunakan trend terkini pembelajaran dalam talian.

Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu teknikal dan diharap berupaya memandu dan memberi inspirasi kepada pendidik bagi melaksanakan Pembelajaran Teradun dengan lebih berkesan. Setiap bab menghuraikan dengan terperinci pelaksanaan mod pembelajaran dalam talian dan alat PdPc yang perlu bagi melaksanakan Pembelajaran Teradun dengan usaha yang minimum.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr. Nurulhuda Abd Rahman ialah pensyarah kanan di Jabatan Fizik, UPSI dengan bidang kepakaran pendidikan Fizik. Secara khususnya bidang tumpuan penyelidikan semasa beliau ialah Pendekatan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran dan Pembelajaran Aktif.

Dr. Sadiah Baharom ialah bekas profesor di Jabatan Biologi, UPSI dengan bidang kepakaran pendidikan Biologi

Dr. Siti Samsiah Sani ialah bekas pensyarah di Jabatan Biologi, UPSI dengan bidang kepakaran pendidikan Biologi

Dr. Nurhaida Kamaruddin ialah pensyarah di Jabatan Biologi, UPSI dengan bidang kepakaran bioteknologi. Bidang tumpuan penyelidikan beliau pada masa kini adalah biologi molekul kulat.

Profesor Madya Ts. Dr. Nurul Bahiyah Abd Wahid ialah pensyarah di Jabatan Biologi, UPSI dengan bidang kepakaran sains persekitaran. Bidang tumpuan penyelidikan beliau adalah sains atmosfera.

Profesor Madya Dr. Nor Zila Abd Hamid ialah pensyarah di Jabatan Matematik, UPSI dengan bidang kepakaran Teori Kalut dan Sistem Dinamik. Bidang tumpuan penyelidikan beliau pada masa kini adalah aplikasi Teori Kalut dan Sistem Dinamik ke atas pemodelan siri masa sebenar seperti pencemar alam sekitar, paras air laut, jerebu dan suhu.

Dr. Azi Azeyanty Jamaludin ialah pensyarah kanan di Jabatan Biologi, UPSI dengan bidang kepakaran filogenetik tumbuhan. Bidang tumpuan penyelidikan beliau pada masa kini ialah DNA Barkoding.

Dr. Nurulsaidah Abdul Rahim ialah pensyarah di Jabatan Kimia, UPSI dengan bidang kepakaran polimer dan biobahan.

Dr. Yuhanis Mhd Bakri ialah pensyarah di Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI dengan bidang kepakaran kimia organik dan kimia sebatian semula jadi.

Dr. Raja Farhana Raja Khairuddin ialah pensyarah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI dengan bidang kepakaran bioinformatik. Bidang tumpuan penyelidikan beliau pada masa kini ialah pengkomputeran biologi dan genomik.

Dr. Nurul Syafiqah Yap Abdullah ialah pensyarah di Jabatan Fizik, UPSI dengan bidang kepakaran pendidikan Fizik. Secara khususnya, bidang tumpuan penyelidikan dan minat beliau ialah pada bidang Fizik instrumentasi dan Teknologi Pendidikan.

Dr. Aisyah Mohamad Sharif ialah pensyarah di Jabatan Kimia, UPSI dengan kepakaran Kimia Fizik. Satu daripada bidang tumpuan beliau ialah pendidikan STEM.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.